Wednesday, February 15, 2017

PENGALAMAN BERSALIN TWIN HR



Sambungan entry sebelum ni..


2/2/16 aku ke Hospital Tampin..sebab aku syak aku leaking..niat nak pegi cek je...suddenly aku ditransfer ke Hospital Seremban utk pemeriksaan lanjut sebabnya Hospital Tampin xboleh handle kes bersalin risiko macam aku ni...so bermalam la aku di hospital...

Selepas seharian..doc pakar khabar yg aku kena tahan wad sampai tarikh ceaser sbb aku ada tanda2 akan bersalin awal...laaaaaaaa....lama kot nak berkampung..2minggu tuuuuu!!! Hospital Seremban ni strict sikit..anak xboleh masuk wad..suami just boleh melawat time melawat..eh rindu la aku kat anak3 aku tu...tambah Seremban-Tampin..jauhhhhh....so aku merayu la kat doc nak discharge...lepas rayu sana sini...akhirnya doc cakap aku xboleh discaj wad tapi dorang tempatkan aku di Hosp Tampin sehingga 15/2..sehari sebelum ceaser...haaaa bolehlaaaaaa...huhuhu..

sumer ibu mengandung memang suka dgn uniform pink ni...hehehe


time ni...sumer demam..lepak atas katil ummi....

time malam memang boleh sembang dr tingkap...

mcm kt penjara la plak...hohoho


Sepanjang aku kt Hosp Tampin ni..memang best la..makanan sedap..nurse baik..doc baik...cume slack xde kepakaran je...hohoho...dan banyak kisah lucu,geram,sedih sumer ade...nak cite pengalaman selama 11hari ni memang lari dari tajuk blog ni da...hohoho...

Dipendekkan cerita..pada 15hb Februari 2016..jam 8.30am...aku pun naik ambulans dari Hospital Tampin ke Hospital Seremban...nenonenonenoneno...

siyes,,aku xdpt bayangkan kalau org sakit nak beranak naik ambulans camne..



Sampai kat bilik saringan dalam pukul 9.30am.. bayangkan aku kena duduk atas kerusi ni selama 7JAM!!!! Ye...7jam ye sebab wad penuh..wuuu...berapa kali aku tertidur..dengan laparnya...time ni en petani tak dapat ikut sebab dia demam dan anak3 tgh demam jugak.. Memang lapar gila la..nak keluar beli benda makan pun tak boleh...nak kirim..nak kirim dgn sape?? aku tak kenal orang...at last aku togok je air mineral..main game..tidur..


Dalam pukul 5.30pm...barula dapat naik wheelchair menuju ke wad....fuhhhhhh.....surprisely..en petani datang jugak dalam keadaan demam sebab aku ngadu lapar... Allahuuuuuuu... that time kebetulan aku dapat bilik yg katil single (bilik utk yg ade masalah khas..tapi memandangkan katil penuh..aku ditempatkan disitu).. so en petani tumpang lelap atas katil sampai pukul 7.30pm...


Kemudian en petani stay dlm kereta kt parking lot..sebab esok paginye die kena ke Shah Alam untuk urusan penting... Ye...memang esoknye aku kene operate..tapi dia bukan boleh masuk teman...so bagi aku biarla dia setelkan urusan dia dulu..nanti balik terus jumpa kembar...huhuhu

Ikut kata doc..aku giliran kedua esok utk ceaser...doc suh aku standby dalam pukul 10am...dan start berpuasa pukul 2am..ok... sebelum tidur..aku diberi ubat tahan muntah n ape ntah lagi...

Pada pukul 12am..Doc Hidayah (aku igt namanye sebab aku suka cara dia yg lemah lembut masukkan jarum drip kt tangan aku...) datang kejutkan aku untuk ambil darah dan sign borang2 yg diperlukan..ekceli aku tak tau kenapa aku alah dgn jarum drip tu...pasangla kat mana pun..automatik urat aku akan membengkak...waktu lahirkan Hanna dan Hadee aku memang refuse jarum drip tu dan aku tanggung risiko...sebab pengalaman aku bersalinkan Hafiz..tangan aku membengkak dan kebas serta lenguh buatkan aku nyaris terlepas dukung Hafiz...

Tapi memandangkan kalini ceaser..aku terpakse nak tak nak kena pasang jugak jarum drip.. aku redha je lihat urat tangan aku membengkak...demi kembar...dan malam tu aku tak dapat tidur lena...nyut2 weh tangan aku...hohoho

-----------------------------------------------------

16/2/16...

Pukul 6am dah terjaga walaupun lena2 ayam je...aku mandi bersihkan diri dengan tangan rase macam lumpuh...hehehe...selesai segala urusannya.. aku duduk berborak dengan jiran jiran katil. Sorang nurse beritahu aku giliran yang kedua dalam likungan pukul 10am nanti. So oleh sebab aku tak boleh makan minum,aku cuma tenangkan diri. Tak sabar sangat jumpa kembar ni.

Tetiba datang sorang nurse bawa pakaian khas untuk OT. "Puan,giliran puan pukul 8am ye sebab ada perubahan jadual." Ooomaaaiiigadd..berdebar debar. Terus whatsapp en petani. Tapi maybe dia tengah on the way ke Shah Alam,so aku harap dia sempat ampunkan aku..huhuhu. Handphone dan barangan berharga aku serahkan pada nurse.

So,aku naik katil dan disorong ke bilik OT. Nurse dan doc berkerumun. Bila mereka tau kalini kandungan kembar,semua pegang perut dan ambil berkat katanya. Hahaha.. aku sempat bergurau dengan doc yang akan operate aku ni supaya keluarkan kembar perempuan dulu baru lelaki. "Eh,kembar sepasang ke?? Waahh...I tak boleh janji..yang mana kami jumpa dulu kena keluarkan.."

Di dalam bilik OT, aku tetiba menggigil. Sejuk dan takut.. nurse di situ tenangkan aku. Masuklah pakar bius. First try..gagal! Sakit woiiiiii!!!! Aku tergerak badan. Pakar bius suruh aku betul betul tenang dan relakskan badan supaya senang untuk dibius. Nurse yang tegap sikit badannya pegang bahu dan sempat menyanyi lagu apa tah..bila rasa jarum dah di kulit,aku selawat zikir semua..tahan kesakitan dan "Ok..dah!" Eh kejapnya...

Nurse suruh aku baring..Doc tanya kebas tak? Aku cakap belum. Aku masih rasa lagi kaki aku bergerak. Kain rentang dah dibentang depan muka. Doc bagitau nak masukkan tiub kencing. Aku masih rasa doc pegang kaki aku. "OK,kita mulakan ya...| Ehhh aku rasa lagi kaki aku!! "Dik..akak rasa kaki akak lagi ni..takkan dah start nak operate??" Aku tanya kat nurse sebelah aku. "Kaki memang akak boleh rasa,tapi saraf sakit tu akak tak rasa".. Aku borak borak dengan semua time operate. Sebenarnya nak hilangkan rasa gemuruh. "Enjoy ye u?' Sorang lagi doc tegur..aku tak boleh gelak.

Entah macam mana aku tegak kepala terpandang kat cermin lampu lampu kat siling. OOOOOMAAAIIIGADDDD aku boleh nampak perut aku dah dibelah okey!! Aku nak tutup mata,tapi perasaan nak tau lebih tebal. Aku tau,anytime aku boleh dengar suara kembar.

9.42am "!st twin dah out!" Kemudian aku dengar suara baby menangis.  Nurse hantar kat dada aku untuk disusukan. "Ibu...ni anak ibu ya,tengok jantina ye.." Aku dah menitik air mata, sebiji muka Hafiz! "Lelaki.." aku sahkan. Sedang aku menyusukan.. "2nd twin out!!" aku tengok jam beza 2minit sahaja. Sekali lagi nurse tunjukkan jantina dan berikan kepada aku untuk disusukan.

ALLAHUAKBAR..ALHAMDULILLAH... selamat aku lahirkan kembar. Walau en petani takde,aku tau dia sentiasa ada doakan aku. Nurse beri salam dan ucap perkara baik baik je. Doc pun beritahu, "Puan,kami dah selamat keluarkan bayi bayi puan ya, uri pun ada sekali. Cuma sekarang,saya nak jelaskan kepada puan.. ada koyakan sedikit di rahim puan. Jika puan mengandung lagi,risiko rahim pecah agak tinggi ya. Saya sarankan untuk ikat peranakan puan.."

Aku setuju. Pertama atas risiko yang bakal dihadapi memandangkan aku senang 'tereksiden dengan sengaja". Kedua sebab aku dah ada 5 orang anak. 3 lelaki, 2 perempuan. Cukup bagi aku..Insyaallah.
So,mereka jalankan tugas. Kembar mereka ambil untuk dibersihkan. Dan aku kembali berborak sambil mata curi tengok bayangan di lampu siling. Hahahahaha!

Selesai segala urusan. Aku diangkat ke katil sorong dan dibawa keluar. Aku direhatkan di satu ruang. Hati masih berbunga riang. Tetiba aku rasa sejuk sangat. Nurse yang bertugas disitu selimutkan aku. Memandangkan aku rasa susah bergerak.

Aku ditolak menuju ke wad selepas hampir 2jam disitu. Bila si kembar diletak kat kaki.. semua yang lalu lalang mesti cakap "alhamdulillah..seronoknya.." Ada juga doc doc ucapkan tahniah. Sampai di wad..nurse serahkan handphone dan barang aku. Yang lain terus kerumun nak tengok bayi kembar. Keluarga katil lain pun datang tengok. Semua doakan yang baik baik. Agak luar biasa kunjungan kalini. Selepas aku ditukarkan unform..aku disarankan berehat dan gerakkan kaki agar tidak kaku saraf nanti.

Kesan sampingan,aku rasa muka aku gatal2. Memang doc ada bagitau kesan bius ni akibatkan rasa gatal2 di muka dan badan. Tak selesa ok! Alhamdulillah kembar tak banyak ragam. Aku dapat lena sekejap. Kencing berak kembar,nurse tolong uruskan. Aku hanya disarankan baring dan rehat, Apa2 cuma perlu tekan butang buzzer,, TETTTTTTTTTTTTTT!! hehehe.. Jiran katil aku tolong tarik tirai supaya aku tak diganggu. Terima kasih!

En Petani datang ketika lawat tengahari. Nampak sangat kegembiraan kat muka dia. Lepas dia salam cium aku, dia beri salam kat kembar dan azankan serta iqamatkan kembar. Di belek beleknya mereka. Kecil je... yang kembar lelaki 2.2kg,yang perempuan 2.1kg. Halus sangat..hehehe!



Dipendekkan cerita..selepas 6jam,kesan bius mula ansur hilang. Berdenyut2 kawasan jahitan ok! Nasib baik la jiran katil aku ni baik. Setiap kali kembar menanges,dia tolong angkat dan letak kat aku untuk disusukan,kemudian dia tolong angkat dan letak semua dalam baby cot. Sampai dia lepak kat kerusi aku nak senangkan kerja aku. Dia ada masalah kencing manis.So kena tahan ward sampai bersalin.

Malam yang sama,jiran katil aku yang depan ni pun dah bersalin. Cuma anak dia tak dapat nak menyusu. Ibu dia dah menangis takde susu lagi. Anak sulung. Nurse bagi susu formula pun dimuntahkan. Bayangkan kalau anak dia menangis, kembar dan anak anak yang lain kat situ akan menangis juga..

At last,dia datang ke katil aku. Mintak tolong susukan anak dia. Walau berlainan agama dan bangsa,aku rasa tak salah aku susukan anak dia. Anak syurga juga. Aku susukan,alhamdulillah bayi dia pandai sangat menyusu. Lama jugak..balas dendam gamaknya. Dan bayi dia lena..lena sangat. Aku nasihatkan dia cuba try buah kurma,horlicks dan air suam. Dia call suami dia dan mintak belikan malam tu juga. Hahahaha..pukul 2am nak cari mana..hehehe



Esoknya,family dia datang siap ucap terima kasih banyak2. Alhamdulillah la dia dah ada susu. Mereka bagi buah tangan. Siap bagi air twister oren 5botol!!!!


 Sebabnya dia tengok aku asyik minum twister je...hohohohoho! Aku masih lagi ditahan sebab nak make sure jahitan ok. Dan serius sakit bila nak pergi buang air. Nak berjalan tu nauzubillah sikit. Seksa!!! AKu kerap jalan ke arah kembar supaya aku serasi dengan pergerakan kalini. Sakit tu aku tahan je. Aku kena kuat!



Hari ketiga aku dah boleh discaj....! Yeahhh..lets go home HRs!!! Doc pun sempat ambil gambar. Katanya kenangan sebab jarang dapat handle kes kembar. Alhamdulillah best layanan doc kat sini! Terima kasih staff Wad Bersalin Hospital Tunku Jaafar,Seremban!

En petani kata: "kompem ke dah abes doc operate? macam ada lagi je.." Emosi
sungguh bile perut buncit gile...hahahaha


Dan inilah family aku.. bertujuh sudah!!! Doakan kami sekeluarga bahagia sehingga ke Firdausi. Aaminnn... terima kasih sebab sudi membaca!







Monday, February 15, 2016

PENGALAMAN BERHARGA MENGANDUNG KEMBAR HR...



Haaa..ekceli aku serius tak sangka dapat mengandung kembar...sebabnye baik aku atau encik petani..kitorg takde salasilah kembar pun.. setakat acah2 teringin nak kembar tu ade la..hohoho..


DUGAAN SEBELUM DIBERI GANJARAN


Okla..nak mulakan cite ni...sebenarnya aku tak expect nak mengandung pun.. sebabnya pada Januari 2015..anak2 aku kuar masuk hospital sebab demam+cirit birit+muntah...dekat 2minggu jugakla rutin aku jaga Hadee dan Hanna.. naseb bek si Hafiz tu terselamat...kalau tak..satu bilik wad tu anak aku je conquer...huhuhu..






Pada 8Februari..dorang boleh discaj hospital...oleh sebab kitorg plan nak bersihkan rumah (sebab 2minggu en petani berkampung kat umah mak nye sepanjang aku jaga anak di hospital) kitorg plan nk stay dulu umah mak mertua ni sehingga hujung minggu...acah nk spring cleaning la nak elak kuman2 serang anak2 aku..hehehe

Tapi..10hb Februari tu...ditakdirkan suami kesayangan aku eksiden hanye dalam 300m dari rumah je.. Allahu...tulang kepala lutut kanan dia patah 3 hokey!! memang dugaan aku betul la 2015 tu.. oleh sebab aku nak kene jaga 3org anak ni...aku tak dapat nak jaga dia kt wad..Alhamdulillah suami aku jenis berdikari even kaki sebelah bersimen...die berkampung kt wad hospital seremban selama 10hari... selepas dia dibenarkan discaj..memang automatik aku kena jaga 4org tersayang di umah mertua..sebab umah sewa kitorg 2tingkat...tak sesuai nak jaga 3org anak kecik dgn bapaknye yg kaki bersimen...

alkisahnya..dia balik lambat sebab nak pergi makan burger byte dengan kwn2 opis dia.. aku acah mintak tapau..
tapi dlm eksiden tu...bende pertama dia bagi kt aku ialah burger...sobsobsobsob





Haa..semenjak tu aku memang bz la..sampai bisnes aku ntah kemana..apa kemana...memandangkan umah mertua line internet mcm escargo...memang jarangla on9... so aku bz sehingga rupe aku mcm lampir..pil perancang apa pun dah tak amek....hahahahaha

Tapi entahla..sepanjang tu..aku dikelilingi pasal kembar.. kawan2 dlm frenlist fesbuk aku ramai dapat kembar..lepas tu hafiz n hanna pun suka tengok cerita upin ipin..selalu keluar kt newsfeed aku pasal doa nak dapat anak kembar la..testimonial produk dpt anak kembar la.. orang jumpa pisang kembar la..telur kembar la..tapi aku wat derk je la..

Bulan Jun 2015 selepas 4bulan..en petani dah boleh berjalan dan drive..tapi masih dalam cuti..kami decide nak balik Cameron Highlands jenguk mak abah aku..kalini boleh balik lama sikit.. sebab aku dah lama tak balik..alang2 sambut anniversary kami ke 5 di sana...hohohohoho... sempat la berhanimun kan...

Selepas seminggu..kami nak balik semula ke Tampin...tapi en petani nak ziarah kawan baiknya zaman Universiti di Seri Kembangan..haa utk pengetahuan..kawan baik dia pun baru je dapat kembar... so time ziarah tu.. memang en petani asek berdukung la si kembar ni.. siap cakap.." amek berkat..mana tau dapat kembar pulak pasni..." memang budak2 tu pun takde cranky dgn en petani..baik je...

aku acah gurau je....ade yg aaminnnkan doa kitorg...alhamdulillah.. hamba mana
la Allah makbulkan doanya tu.... :)

---------------------------------------------------

BILA DAH LEWAT 2MINGGU.....

Lepas balik dari hanimun tu...xsilap awal bulan puasa... aku lambat datang period 2minggu... mulanya aku xamek port sebab kdg2 lewat pun result satu line gak... tapi aku perasan..aku selalu mintak beli jajan Koh Kae ni setiap hari...pernah en petani beli 4botol terus utk aku...licin beb!!! Sebabnye time kat cameron..kawan sekolah aku, Shima bagi free utk kunyah2...sekali tersuka... bila ade jual kat Tampin...aku memang mcm nak makan selalu la.. still tak sedar diri mengidam..hehehe


sekarang jadi bekas abu rokok ayah mertua aku..berbotol2 ade kt umah...
siap tempat aku simpan mainan magnet anak3 aku..bekas pensel..hehe
 Then..ade satu hari tu..aku tak ingat pasal apa aku bergaduh dgn en petani... even dia dah pujuk n mintak maaf pun aku tak tau kenapa aku still hangen satu badan..kitorg jarang gaduh besar..kalau gaduh pun tak sampai sejam salah seorang mintak maaf then boleh berhuhahuhahuha mcm xpernah wat salah even mata da bengkak menanges sebelum tu..hehehe..

En petani cakap.. "T ni kalau moody camni..selalu nak mengandung je..." aah..memang ketiga3 anak aku..aku moody tahap melampau sebagai sign aku mengandung...memandangkan time tu hari pertama bulan Ramadhan..aku pikir maybe sebab aku tak sahur,aku lapar,aku penat buatkan aku moody... tapi aku mintak jugak en petani beli UPT... dan hasilnya....




terus hilang moody aku...hahahahaha!! so aku n en petani decide..nak rahsiakan kandungan ni dulu...plan nak buat buku merah pun lepas abes raya nanti... even aku tau aku mengandung...tapi kadang2 aku lupa yg aku ni mengandung... oleh sebab bulan puasa..kitorg tolong la deco-deco umah mak mertua ni...tahun ni giliran raya dgn family en petani... time ni ayah mertua dah suruh kami berpindah terus duduk sekali memandangkan kesihatan ayah mertua aku dah tak berapa ok..

Haa...oleh sebab kaki en petani tak boleh lasak...aku ni la yg pasang wallpaper di bilik anak aku...bilik aku...n ruang dapur umah ni... panjat tangga rilek je...mcm takde pe... pergi kt Mahkota Parade..tawaf cari wallpaper kt Kaison pun rilek je...siyes kdg2 lupe tgh mengandung...

-------------------------------------------

TAHNIAH!!!

2hari sebelum raya...aku betul2 all out mengemas.. wallpaper final touch kat ruang meja makan...malam tu..lepas mandi...aku duduk sebelah en petani nk lepaskan penat... mak mertua tengah berkungfu kt dapur..anak3 da selamat pengsan beradu...

Tengah duduk...aku rase sumthing yang keluar dr miss v...sekali aku bangun...darah+air...!!! terkejut en petani..aku ajak ke hospital... time ni still taknak bgtau lagi kt sesape yg aku mengandung... lepas lap dan bersihkan kesan darah kt sofa..kitorg ke hospital...that time rase bersalah sgt jugak sebab lasak sangat...en petani tenangkan aku...

sampai kt hospital...air menitik2...aku bgtau kt pegawai bertugas...dorang tanya ade buku merah? aku cakap belum buat lagi..plan lepas raya..so dorang terus bawak aku ke scanning room.. Doc tengok kt lantai darah+air menitik2..agak2 da berapa minggu ni puan? Doc bertanya... aku cakap tak tau...

So doc nak scan dulu...tgh die scan..scan...golek sana sini...muka die berkerut..aku dah dupdapdupdapdupdap...hope selamat la... "kejap ye puan...saya nk panggil doc lain nak pastikan ye.." perghh...menggeletar kaki tengok doc mcm tu... time ni en petani tunggu kat luar..sebab die cari parking sementara aku turun kt depan emergency td..

Dtg sorg doc lelaki bersama dengan doc tadi... "Cube awak tengok ni.. 2 kan?" aku tak dapat tangkap pe dorang sembang...lepas da golek2... doc lelaki tu khabar...

"puan...mcmni ye... dari scan ni...tahniah puan mengandung kembar..tetapi,,,,,kami cuma dpt nampak satu je jantung berdenyut...lagi sorang tak nampak..tak pasti sebab masih kecil atau keguguran..."

Kembar???? Sorang je nampak??? Sorang lagi gugur???? aku siyes terkejut...

"Kami refer puan ke hosp seremban ye...sana ade kepakaran..."

Doc perempuan tadi pun panggil en petani dan jelaskan... dia pun terkejut bila diberitahu KEMBAR...maka kami ke Hosp Seremban utk pemeriksaan lanjut....

Sampai disana...doc pakar amek alih kes aku...sambil die godek2....

"Puan...ikutkan pemerhatian...kandungan puan baru nak masuk 6minggu...buat masa ni..yg saya nampak.. ade 2jantung berdenyut....puan tengok ni ye..." fuhhhh selamat...lega hati aku...

"tetapi yg ketiga ni tak nampak lagi puan..."

HAAA... TIGA????!!!!!! Ye..ade 3kantung...tapi ade ketulan darah beku berhampiran kantung ni...yg ni boleh bawak ancaman keguguran dan berkemungkinan bleeding yg puan alami tadi dari ketulan darah ni atau keguguran...

"Maybe sebab kecik sangat lagi...kami xboleh buat keputusan..so boleh tak dtg lagi selepas 4minggu,,,baru jelas sikit visualnya..."

Perghhh...kembar tiga????? En petani pun... "TIGA???????"




Time ni memang tak sangka sangat la termakbul doa org yg aaminkan gurauan aku tu...n termakbul gak kata2 en petani nak amek berkat anak kembar tu...huhuhu...sekali Allah nak bagi tiga...


-------------------------------------------

TIGA JADI DUA....

Selepas 4minggu...kami ke Hosp Seremban...lepas digodek2... doc pakar n beberapa doc lain yg cek aku dlm bilik tu... bgtau yang kantung ketiga ni UNSUCCESSFUL...so yg ade memang dua je... ok..aku redha dan pasrah...suami aku pun nampak redha gak..cuma aku kene berhati2 dan banyak berehat sebab hematoma (darah beku) masih ada n still boleh bawa ancaman pada kandungan...

nampak 2 je janin...kantung lagi satu kosong... maaf doc lupa nak print so die photostat je bagi kt aku..
dia kabo tengok di sebelah kanan atas kantung tu ade satu kantung kosong...janin takde..

-------------------------------------------

ALAHAN DAN MENGIDAM MELAMPAU!!!!!

Selepas dah dapat kepastian...kami pulang ke Tampin...on the way..en petani kabo nak singgah kedai perabot kt pekan jap nak cari almari utk letak komik2 dia..so aku pun ok jela..aku cakap nak makan nasi ayam...die kata ok lepas usha perabot...

Sampai kat kedai perabot..sesi cari yg mana berkenan...tetibe perut aku lapar..ahhh xpe..kejap je lagi.. Elok selepas setel pembayaran....tetiba pandangan aku kabur dan nak pitam... bini tokey kedai tu terus bagi kerusi utk aku duduk..die hulur air kotak n kipaskan aku...en petani da gabra da tengok aku dah nak pengsan... tokey n bini die pun kata "wife u sudah banyak pucat...muka mcm xde darah sudah" aisehhh..kereta parking jauh pulak... tokey tu tolong en petani dengan halang kereta2 lain di jalan raya..supaya en petani boleh reverse kereta sampai ke depan kedai...

Lepas tu en petani masukkan anak3 dalam kereta...tokey tu tolong jaga sementara en petani nak amek aku. Serius aku tak dapat rasa kaki aku nak jejak tanah langsung...so en petani terpaksa dukung aku.. Allahu dengan lututnya tak berapa kuat terpaksa dukung aku sampai ke kereta plak tu..

Da masuk kereta satu hal...dari kereta nk bawak masuk rumah lagi satu hal...memang cekal gak la hati en petani nk dukung dgn lututnya tak berapa nak kuat tu...sampai atas katil...aku xsedar apa...sedar2 da nak masuk senja...

Semenjak tu...aku lembik...makan ape pun muntah...dahla musim durian...bau durian pun aku dah xboleh bau padahal setakat 5biji (bukan 5ulas) aku pernah hadap sorang...hehehe.. aku asek dgn gula2 je bg hilang mual...naseb bekla en petani masih lagi dalam cuti MC...boleh jagakan anak3 sementara aku tgh lembik...

naseb bek anak sulung aku Hafiz boleh diharap
sementara aku hanya di atas katil


Aku asek nak makan nasi lemak sambal kerang dan sambal paru..tu pun nak kat gerai makcik bawah pokok kt jambatan tu je...yg lain xnak....kalau takde tak lalu nak makan..dah mcm iklan kicap jalen pulak..hehe..aku xmintak yg pelik2..yg bukan2...tp jenis aku kalau boleh nak on the spot..kalau en petani berlengah ke ape...aku tak marah or mengarah...tapi aku diam sedar2 meleleh air mata...sobsobsob... pernah aku nak charkueyteow...en petani lambat keluar...aku menangis sambil solat isyak...haaa solat tahajud ke solat taubat taknak plak nanges mcmtu...

Lagi satu en petani pun mengidam gak hokey!! die beli ikan siakap request nak masak stim...xnk masak lain...lepas tu nak makan daging masak blackpepper la... tapi xboleh blah ade satu malam tu die teringin nak makan burger..die cakap "tetibe nak burger la.." walhal baru sejam lepas makan nasi... utk pengetahuan korang en petani bukan seorang kuat makan...kdg2 makan pagi je..die boleh kenyang sampai tunggu makan malam... so aku ingat die just nak pancing nafsu makan aku je... aku gelak2 jela... "gi la beli..." aku tau die xkan keluar malam2 naik motor semata2 nak burger kalau bukan aku request...tambah die baru lepas makan nasi....

"mak...ayah..nak burger tak?" die tanya kt mak ayah pulak....and of course la dorang pun tak mau sebab baru lepas dinner..."t betul ke xnak burger?? burger special daging..sos lebih...ade blackpper...." ayat dia still nak pancing nafsu aku...tp ntahla tak teringin nak makan pun... oleh sebab sumer takde respon..die duduk semula main game... tak sampai 10minit..tetiba die bangun dan amek kunci motor..nak gi beli burger la..

Haaa...itu penangan mengidam....tp alhamdulillah la..dia xpernah kecewakan aku bab mengidam ni...if bende tu takde pun xpe sbb aku tau die da cari...hohohoho

-------------------------------------------

TRIMISTER PERTAMA

Even aku lembik...byk bedrest...tp berat badan aku naik dengan jayanya...ikut buku.. sebulan boleh naik 500g je..kalau kembar..logik paling koman 1kg...tapi aku dlm tempoh sebulan leh naik 2kg..hehehe..time ni lembik2 pun HB aku menten biru lagi...

Setiap bulan memang kene checkup pakar kt Seremban utk multiple pregnancy....dan klinik ibu anak di Tampin..
3bulan....
haaa..lembik2..muka berseri sbb aku guna
Luffiya Skincare..haa nak try..pm aku!

Tak banyak sangat berlaku...balik2 muntah..baring..tidur....hantar anak ke sekolah..balik amek...tidur...masak...makan..mandi..tidur..hehehe

-------------------------------------------

TRIMISTER KEDUA

4BULAN




Kereta aku kena curi...sobsobsobsobsob.... alkisahnya memang baru balik dr checkup...dalam pukul 4pm tu sampai rumah..parking...en petani kunci kete...masuk umah...lepak..tidur kul 2am... sebelum tidur memang nampak kete masih ade lagi depan umah....

Esok subuhnya..selepas solat..macam biasa la kejutkan anak2 pergi sekolah...tetibe ayah mertua tanya.. "Ekau lotak keta kek mano?" aku dgn konfiden level ahmad maslan.."dopan umah mcm biasola.." " Mano ado!" ayah mertua muka serius... aku pun pergi la menghadap pintu...

HILANG.....!!!! Allah...dahla tu je satunye kete aku ade...en petani yg baru lepas mandi nak bersiap ke kerja pun terkejut bila aku kata Blacky aku dah hilang... pukul 7.15am,kitorang ke balai buat report... aku nanges call abah aku bgtau kete dah hilang...sobsobsobsob

Bila dah jadi mcmni...aku memang down gak la..yela..kete tu duit aku sendiri kot sebelum kenal en petani...byk kenangan terindah dgn kete tu kot...wuuuuuuu~ then aku redha...maybe bukan rezeki aku lagi dgn kereta ni.. Thanx Blacky...ko memang best car i ever had in my life..beli Wira lain pun xtentu dpt feel mcm aku bawak ko...

Bermulalah episod terperap dlm rumah....nak kemana tanpa kereta...yg ade cuma motor en petani je...



Aku pening camna nak pegi checkup kt klinik...and migrain camna nak pegi checkup kt Seremban nanti?? Tampin-Seremban dengan kereta pun dekat sejam... Xpela..en petani cakap..Insyaallah ade jalannya...and Alhamdulillah..kakak susuan en petani sudi menjadi driver kami ke klinik Tampin n hospital Seremban... Syukur Ya Allah....

-----------------------------------------

5Bulan



Time tgh buat blog ni..aku lupa ape berlaku ketika time 5bulan mengandung ni...hahaha...pergi checkup pun mcm biase.. HB low..tekanan darah rendah...berat badan naik dgn jayanye...siap kene jumpe pakar pemakanan utk masalah anemia n weight gain ni...hohohoho

-------------------------------------------

6bulan



Time 6bulan..saje gedik tanye doc pakar jantina twin ni...lepas godek2....Doc Aisyah kabo... tahniah...sorang boy,sorg girl...wahwahwahwah!!!! TETAPI...yg girl tu xleh nk confirm sangat sebab risau la belalai tetibe tumbuh ke ape kan...xpe..next checkup kite godek lagi...okeyh!!!

Waktu ni...aku dapat panggilan dr pihak polis yang kereta aku dah dijumpai...Allahuuuuuuu..waktu tu gembira eksaited bagai!! Tengah terlantar demam pun aku bangun..nasib baik waktu tu en petani half day..boleh la bawak aku ke balai...nk jumpe Blacky...

Naik motor pun punyela happy..dah tak risau pasni xgaduh pikir nk beli kete baru..boleh bawak anak jalan2 lagi...boleh bawak anak ke sekolah...mcm2 la sembang dgn en petani... sampai kawasan balai..ronda dulu cari kereta..tp tak nampak...maybe ade tmpt letak khas kot...so berjumpala kitorg dgn person incaj...turun motor.. sarjan Asmadi suh aku masuk bilik dulu sbb die tau aku mengandung dan tak sihat..risau aku pitam kt situ plak kan...

En petani dan Hadee kat luar sembang dengan sarjan...aku yg dalam bilik ni beramah la dengan sesape yg ade... "Adik tunggu sape?" tanye pakcik kerani kt bilik tu...
 "Tunggu sarjan asmadi..die suh tunggu sini"...
 "ooo..yg pasal kereta tu eh.."
 "A'ah..pakcik tau kt mana kereta tu x?" muke aku da mcm pussycat in the boots dah...


"Better adik tanye sarjan tu nanti...kang pakcik cite,menanges kang.."

Jeng jeng jeng jeng jeng betol...tetibe rase mcm tak best.... tetibe en petani dukung hadee pun masuk..muka die pandang aku..aku tau memang ade bende tak best akan berlaku... Sarjan pun serba salah nk mulakan kata2.. "Camni puan...kami dah terima maklumat ttg kereta puan...dijumpai di kwsn Johol...tetapi kereta puan tak boleh diambil..." "kenapa...."


Nak ambik camne kan....dalam gaung bhaiiiii....!! Polis tanya if aku ade musuh ke sebab kereta aku ni mcm disabotaj n perbuatan khianat...yg xde cume sport rim je.. enjin body sume lengkap...tapi dah dibakar hangus...orang kalau nak curi..alang2 amek part enjin ke body ke kan sbb Blacky still mabeles conditionnye...tp ni just sport rim je xde...yang lain dorg bakar...


Sobsobsobsosbsob...memang sini pengakhiran Blacky aku...memang takde rezeki...takpela..hope org yg buat ni merangkak melutut cari aku nanti...

Nasib bek leh claim insurans...total lost...wat deposit beli kete baru la gamaknye...aisehhh kene berhutang lagi dgn bank la pasni...

Dulu....aku pernah la takbur bongkak...aku cakap...aku nak anak 3 je...sebab kuota seat belakang wira aku hanye utk 3org je...sekali ni Allah bayar cash kat aku...die bagi aku twin...agak2 muat tak lagi dalam wira tu nanti?? So,ni la cara aku kene terima...kene beli kete baru utk rezeki yg Allah bagi kat aku... Astaghfirullah al azim....
----------------------------------------------------

TRIMISTER KETIGA

7BULAN


7bulan...siyes ni size perut aku lahirkan anak3 aku sebelum ni... kalini memang rase berat n penuh padat..jalan pun aku rase penguin punye catwalk lagi kemas dr aku...huhuhuhu... so memandangkan cuti sekolah bermula.. en petani hantar aku dan anak3 ke umah mak abah aku kt Cameron Highlands utk berehat...lagipun hujung2 tahun ni..die banyak kene travel sana sini...die kesian mak buyung ni nak handle semua...hohohoho
mananya tak berat..time ni setiap sorang 1.3kg...hohohoho

Selama 3minggu aku kat sana..aku tolong mak aku wat biz CISTAT GEBU CIKYAH..Alhamdulillah sambutan menggalakkan...tapi aku xbanyak tolong mak aku sangat..byk jd promoter kt FB je..kdg2 tolong wat shelltart..piping ke...tapi mostly aku bahagian packaging la sebab aku yang amek order kan...hehehehe



Sepanjang aku kat sini...memang rehat sungguh lah..aku handle anak je..kdg2 mak n abah aku jd tukang masak..bawak kitorg jalan2..aku kdg2 jd driver sbb yela dah lama tak pegang stereng..abah nak aku biasakan supaya nanti tak nervous n panic... oohhh abah aku mmg faham sgt anak die sorg ni...hohohoho





Aku pulang semula ke Tampin pada 20hb Disember 2015...ikut plan nak balik awal bulan 1...tapi terpaksa diawalkan sebab masalah transport...kebetulan abah aku ade meeting kat KL 21hb..so alang2 dia hantar aku ke Tampin... Sebelum balik tu..dorang celebrate besday aku awal...



Thanx mak sebab sudi buatkan kek ni...n to all my family..luv u all...mak aku nanges bile kitorg balik...die nak sangat jaga cucu3 ni sementara tunggu aku bersalin sampaila abes berpantang..tetapi abahnye plak rindukan anak3 klu berjauhan lama2...hehehe


-------------------------------------------

8 BULAN


31minggu...Checkup di Hospital Seremban... Doc khabo..kedua2 kepala twin di bawah..dan sebelah menyebelah dan padatttttttt...dan itu yg menyebabkan aku sukar bergerak..bila aku berjalan,aku kena ampung bawah perut dengan tangan supaya tak terasa beban tu. Sakitnya menekan tulang pelvik...huhuhuhu...

Oleh sebab berat baby agak normal dan mengikut perkembangan...doc sarankan aku bersalin pada usia kandungan matang iaitu 37minggu...kerana melihat size perut aku yg agak comel,baby pulak agak size seperti normal..doc risau uterus or rahim aku tak dapat tampung tumbesaran twin sehingga 40minggu...katanye la...untuk info kengkawan...size perut aku sekarang adalah size perut aku bersalin ketiga2 anak aku... Hafiz 2.92kg...Hanna 2.8kg..Hadee 3.2kg...hehehe..

ni semua pic aku tengah tunggu hari...hafiz (kiri)..,hanna (tengah),hadee (kanan)
Gambar hafiz (sehari sebelum bersalin).. hanna (sebulan sebelum bersalin).. hadee (seminggu sebelum bersalin)
ni pic aku mengandung twin baru 28minggu okey...!!!!



Time for packing2....wahhh kejap je dah masuk 32minggu...persiapan tak banyak mana...
Lepas geledah almari...so aku ambil balik apa yg boleh digunakan lagi utk twin ni....recycle la hat Along Hafiz,Kakak Hanna dan Alang Hadee yg elok lagi ni...jimat cermat amat penting di zaman ekonomi Malaysia yg sedang majula sangat ni.....




Time ni en petani dah start bincang2 nama2 untuk twin ni... 4nama okey!!!! sebab tak sure dedua lelaki ke dedua perempuan ke...pening ummi nakkkkkk... Ummi ni agak cerewet tak bertempat... Nak nama initial HR... pastu yg depan kene 5huruf..yg belakang 8huruf...dah tu yg depan kene mula dgn HA (Hetty Helfarizan & Abdul Razak)..yg belakang kene dari root 'rasyid'...tak caye...tengok nama2 anak aku ni

Hafiz Rusyaidi
Hanna Rasyidah
Hadee Rasyidin

hahahahahahaha...by the way...aku da simpan nama dorang..nanti dah lahir..baru announce ye... :)

Baju2 baru pun aku beli kt Cameron je sempena promosi jualan harga kilang and aunty Ieka Aeryka Azman ade sponsor 2pasang...hehehe

hadiah dr mokcik ieka....
ni hasil memancing kt expo harga kilang kt Cameron..amek kaler selamat..hehe


yg ni packing utk bawak ke labour room...


Pasang siap2 katil baby ni...sebab mcm tak nak susahkan en petani buat keje last2 minute... lagipun size perut aku n posisi aku tidur buatkan katil terase sempit bertiga.. sian en petani tidur hujung2 katil..hadee plak klu selagi ade ruang...die bergolek tidur tak bagi space...hehehe...so sementara tunggu twin lahir..bagi hadee tidur dalam ni...bagila abah ruang selesa sikit nak tidur...hehehehe..nanti time pantang abah tidur bilik Along n Kakak dah...

Untuk kalini...aku pilih Set Bersalin Nawal Herbal Beauty utk berpantang..ni untuk luaran la... saje support bisnes kawan aku Adwa Nafisah..tapi serius aku suka bau Pati Serai Wangi...aku saje buat utk aromaterapi bilik...baunye buatkan aku rase aku sedang dalam mood berpantang..hehehe! Natural Rose Water pulak..wahh baunya menusuk kalbu..terase relax je bila pakai kat muka dan rambut... wahhh belum bersalin lagi ni...hehehehe...




 Untuk dalaman buat masa ni aku dapat grab botol terakhir Jamu Aku Dara (Jamu Susuk Dara)..aku pernah makan JAD ni time pantangkan Hanna...then susah dah nak dapatkan stok...Nanti JAD ni habis,aku ambil Jamu Dewi Dara (Seri Dewi Malam)...ini memang serasi dan sesuai untuk kesihatan dalaman aku lah..dan orang pun tak sangka aku sebenar ibu 3org anak...hehehe..





-------------------------------------------

34 MINGGU



Aku dah tak boleh banyak bergerak..banyak baring..duduk pun xboleh lama..rasa kebas semua ada..contraction on off je..twin pun agak aktif sangat bila malam... dan ofkos Hafiz selalu tanya.. bila baby nak keluar...selalu dia usap perut n cakap dgn baby2.. "Baby...saya along..tengah buat ape tu..." kalau baby kick2... "Ummi....baby gerak!!!" hanna n hadee pun kadang2 suka usap2...

At this time...mak mertua aku la yang tolong aku uruskan anak3 time aku tido..aku uruskan dorang ke sekolah,makan tengah hari,makan malam...selebihnya aku byk terbaring...orang khabo hujung2 kehamilan ni la kena aktif... Allah...aku nak gerak dr dapur ke ruang tamu yg sejengkal tu pun mengah...hohohoho...Panas berpeluh tu dah biasa...tambah2 cuaca musim el nino ni...perghh rase nak lepak bawah ekon je...tapi sedar diri sikit yg rumah ni takde ekon pun...hehehe
.
Ade satu hari tu dari tengahari pinggang aku sengal dan lenguh mcm nak period..ari2 pun kdg2 mengeras..that time tak sure just Braxton Hicks or its the time... malam tu en petani bawa aku ke hospital... hmm nampaknya twinHR saje nak bg ummi pecah rekod..sebab mengandung kalini tak pernah kena admit ward mcm pregnancy3 sebelum ni...huhuhu..sampai kt hospital..nak wat CTG pun dorang riang gembira menendang sana sini..hilang pulak segala lenguh sengal sakit semua segala..



Naseb baik semalam je wardednya...hehe...by the way..berat badan aku hanya naik 500g dalam tempoh 2minggu...kalini memang nafsu makan aku drop gila..takde nafsu nak makan..rasa lapar ada..tapi bila makan rasa tak lalu...tapi air kelapa wajib en petani kena beli...hehehe..

-------------------------------------------

35minggu





Ok.. ni adalah checkup aku terakhir di Hosp Seremban sebelum bersalin.. final scan untuk tentukan kedudukan twinHR ni... nampaknya rezeki aku kalini untuk merasa kelahiran melalui cesarean or lebih senang dipanggil CZER.. sebab first twin aku disahkan songsang dan mmg susah nak berpusing balik.. redhoooooooo


So,selepas discan..para pakar ajak aku berbincang mengenai tarikh utk menjalani pembedahan. Mengikut kiraan,aku patut dibedah pada 12 February...tetapi ketua pakar kata " I dont know why in February so many women give birth by czer..." sehingga aku tengok dorang bukak buku schedule OT dorang memang penuh bhaiiiiii...

Then dorang decide gugurkan satu kes yang tak urgent pada 16 February dan digantikan dengan aku... so dorang suruh aku check in 15 February sebelum pukul 8am...

surat suh check in...hohohoho
Ok..perkembangan twin aku kalini...masing-masing da 2.2kg wooo....so berat baby je dlm 4.5kg..belum campur ketuban,uri tu sumer...hohohoho...en petani pun tengok aku mcm tak larat nak jalan..sampai Hadee pun boleh mengajuk cara aku berjalan mengengkang2 tu...hehehe.. aku cuma bgtau.. "D just bayangkan d bawak beras 5kg dan sangkut kt perut...24/7..."  hihihihi



OK..so nak repacking balik beg baby sebab maybe dorang stay lama nanti kan...hohoho..ikut kata member2 yg berpengalaman..pakej check in utk czer 4hari 3malam...huhuhu..

-------------------------------------------

36minggu

Aku kene tahan wad sampai bersalin..so xde la citer best sgt selain kenal ramai org yg kuar masuk wad.... 11hari aku kene berkampung kt Hospital Tampin.... so rutin aku cume tido,makan,mandi,tgk tv3....hohoho

Hmm entry bersalin aku citer lain kali k.... hehehe
 
Get More Blogger Layouts At Hotlayouts2u.com