Wednesday, February 15, 2017

PENGALAMAN BERSALIN TWIN HR



Sambungan entry sebelum ni..


2/2/16 aku ke Hospital Tampin..sebab aku syak aku leaking..niat nak pegi cek je...suddenly aku ditransfer ke Hospital Seremban utk pemeriksaan lanjut sebabnya Hospital Tampin xboleh handle kes bersalin risiko macam aku ni...so bermalam la aku di hospital...

Selepas seharian..doc pakar khabar yg aku kena tahan wad sampai tarikh ceaser sbb aku ada tanda2 akan bersalin awal...laaaaaaaa....lama kot nak berkampung..2minggu tuuuuu!!! Hospital Seremban ni strict sikit..anak xboleh masuk wad..suami just boleh melawat time melawat..eh rindu la aku kat anak3 aku tu...tambah Seremban-Tampin..jauhhhhh....so aku merayu la kat doc nak discharge...lepas rayu sana sini...akhirnya doc cakap aku xboleh discaj wad tapi dorang tempatkan aku di Hosp Tampin sehingga 15/2..sehari sebelum ceaser...haaaa bolehlaaaaaa...huhuhu..

sumer ibu mengandung memang suka dgn uniform pink ni...hehehe


time ni...sumer demam..lepak atas katil ummi....

time malam memang boleh sembang dr tingkap...

mcm kt penjara la plak...hohoho


Sepanjang aku kt Hosp Tampin ni..memang best la..makanan sedap..nurse baik..doc baik...cume slack xde kepakaran je...hohoho...dan banyak kisah lucu,geram,sedih sumer ade...nak cite pengalaman selama 11hari ni memang lari dari tajuk blog ni da...hohoho...

Dipendekkan cerita..pada 15hb Februari 2016..jam 8.30am...aku pun naik ambulans dari Hospital Tampin ke Hospital Seremban...nenonenonenoneno...

siyes,,aku xdpt bayangkan kalau org sakit nak beranak naik ambulans camne..



Sampai kat bilik saringan dalam pukul 9.30am.. bayangkan aku kena duduk atas kerusi ni selama 7JAM!!!! Ye...7jam ye sebab wad penuh..wuuu...berapa kali aku tertidur..dengan laparnya...time ni en petani tak dapat ikut sebab dia demam dan anak3 tgh demam jugak.. Memang lapar gila la..nak keluar beli benda makan pun tak boleh...nak kirim..nak kirim dgn sape?? aku tak kenal orang...at last aku togok je air mineral..main game..tidur..


Dalam pukul 5.30pm...barula dapat naik wheelchair menuju ke wad....fuhhhhhh.....surprisely..en petani datang jugak dalam keadaan demam sebab aku ngadu lapar... Allahuuuuuuu... that time kebetulan aku dapat bilik yg katil single (bilik utk yg ade masalah khas..tapi memandangkan katil penuh..aku ditempatkan disitu).. so en petani tumpang lelap atas katil sampai pukul 7.30pm...


Kemudian en petani stay dlm kereta kt parking lot..sebab esok paginye die kena ke Shah Alam untuk urusan penting... Ye...memang esoknye aku kene operate..tapi dia bukan boleh masuk teman...so bagi aku biarla dia setelkan urusan dia dulu..nanti balik terus jumpa kembar...huhuhu

Ikut kata doc..aku giliran kedua esok utk ceaser...doc suh aku standby dalam pukul 10am...dan start berpuasa pukul 2am..ok... sebelum tidur..aku diberi ubat tahan muntah n ape ntah lagi...

Pada pukul 12am..Doc Hidayah (aku igt namanye sebab aku suka cara dia yg lemah lembut masukkan jarum drip kt tangan aku...) datang kejutkan aku untuk ambil darah dan sign borang2 yg diperlukan..ekceli aku tak tau kenapa aku alah dgn jarum drip tu...pasangla kat mana pun..automatik urat aku akan membengkak...waktu lahirkan Hanna dan Hadee aku memang refuse jarum drip tu dan aku tanggung risiko...sebab pengalaman aku bersalinkan Hafiz..tangan aku membengkak dan kebas serta lenguh buatkan aku nyaris terlepas dukung Hafiz...

Tapi memandangkan kalini ceaser..aku terpakse nak tak nak kena pasang jugak jarum drip.. aku redha je lihat urat tangan aku membengkak...demi kembar...dan malam tu aku tak dapat tidur lena...nyut2 weh tangan aku...hohoho

-----------------------------------------------------

16/2/16...

Pukul 6am dah terjaga walaupun lena2 ayam je...aku mandi bersihkan diri dengan tangan rase macam lumpuh...hehehe...selesai segala urusannya.. aku duduk berborak dengan jiran jiran katil. Sorang nurse beritahu aku giliran yang kedua dalam likungan pukul 10am nanti. So oleh sebab aku tak boleh makan minum,aku cuma tenangkan diri. Tak sabar sangat jumpa kembar ni.

Tetiba datang sorang nurse bawa pakaian khas untuk OT. "Puan,giliran puan pukul 8am ye sebab ada perubahan jadual." Ooomaaaiiigadd..berdebar debar. Terus whatsapp en petani. Tapi maybe dia tengah on the way ke Shah Alam,so aku harap dia sempat ampunkan aku..huhuhu. Handphone dan barangan berharga aku serahkan pada nurse.

So,aku naik katil dan disorong ke bilik OT. Nurse dan doc berkerumun. Bila mereka tau kalini kandungan kembar,semua pegang perut dan ambil berkat katanya. Hahaha.. aku sempat bergurau dengan doc yang akan operate aku ni supaya keluarkan kembar perempuan dulu baru lelaki. "Eh,kembar sepasang ke?? Waahh...I tak boleh janji..yang mana kami jumpa dulu kena keluarkan.."

Di dalam bilik OT, aku tetiba menggigil. Sejuk dan takut.. nurse di situ tenangkan aku. Masuklah pakar bius. First try..gagal! Sakit woiiiiii!!!! Aku tergerak badan. Pakar bius suruh aku betul betul tenang dan relakskan badan supaya senang untuk dibius. Nurse yang tegap sikit badannya pegang bahu dan sempat menyanyi lagu apa tah..bila rasa jarum dah di kulit,aku selawat zikir semua..tahan kesakitan dan "Ok..dah!" Eh kejapnya...

Nurse suruh aku baring..Doc tanya kebas tak? Aku cakap belum. Aku masih rasa lagi kaki aku bergerak. Kain rentang dah dibentang depan muka. Doc bagitau nak masukkan tiub kencing. Aku masih rasa doc pegang kaki aku. "OK,kita mulakan ya...| Ehhh aku rasa lagi kaki aku!! "Dik..akak rasa kaki akak lagi ni..takkan dah start nak operate??" Aku tanya kat nurse sebelah aku. "Kaki memang akak boleh rasa,tapi saraf sakit tu akak tak rasa".. Aku borak borak dengan semua time operate. Sebenarnya nak hilangkan rasa gemuruh. "Enjoy ye u?' Sorang lagi doc tegur..aku tak boleh gelak.

Entah macam mana aku tegak kepala terpandang kat cermin lampu lampu kat siling. OOOOOMAAAIIIGADDDD aku boleh nampak perut aku dah dibelah okey!! Aku nak tutup mata,tapi perasaan nak tau lebih tebal. Aku tau,anytime aku boleh dengar suara kembar.

9.42am "!st twin dah out!" Kemudian aku dengar suara baby menangis.  Nurse hantar kat dada aku untuk disusukan. "Ibu...ni anak ibu ya,tengok jantina ye.." Aku dah menitik air mata, sebiji muka Hafiz! "Lelaki.." aku sahkan. Sedang aku menyusukan.. "2nd twin out!!" aku tengok jam beza 2minit sahaja. Sekali lagi nurse tunjukkan jantina dan berikan kepada aku untuk disusukan.

ALLAHUAKBAR..ALHAMDULILLAH... selamat aku lahirkan kembar. Walau en petani takde,aku tau dia sentiasa ada doakan aku. Nurse beri salam dan ucap perkara baik baik je. Doc pun beritahu, "Puan,kami dah selamat keluarkan bayi bayi puan ya, uri pun ada sekali. Cuma sekarang,saya nak jelaskan kepada puan.. ada koyakan sedikit di rahim puan. Jika puan mengandung lagi,risiko rahim pecah agak tinggi ya. Saya sarankan untuk ikat peranakan puan.."

Aku setuju. Pertama atas risiko yang bakal dihadapi memandangkan aku senang 'tereksiden dengan sengaja". Kedua sebab aku dah ada 5 orang anak. 3 lelaki, 2 perempuan. Cukup bagi aku..Insyaallah.
So,mereka jalankan tugas. Kembar mereka ambil untuk dibersihkan. Dan aku kembali berborak sambil mata curi tengok bayangan di lampu siling. Hahahahaha!

Selesai segala urusan. Aku diangkat ke katil sorong dan dibawa keluar. Aku direhatkan di satu ruang. Hati masih berbunga riang. Tetiba aku rasa sejuk sangat. Nurse yang bertugas disitu selimutkan aku. Memandangkan aku rasa susah bergerak.

Aku ditolak menuju ke wad selepas hampir 2jam disitu. Bila si kembar diletak kat kaki.. semua yang lalu lalang mesti cakap "alhamdulillah..seronoknya.." Ada juga doc doc ucapkan tahniah. Sampai di wad..nurse serahkan handphone dan barang aku. Yang lain terus kerumun nak tengok bayi kembar. Keluarga katil lain pun datang tengok. Semua doakan yang baik baik. Agak luar biasa kunjungan kalini. Selepas aku ditukarkan unform..aku disarankan berehat dan gerakkan kaki agar tidak kaku saraf nanti.

Kesan sampingan,aku rasa muka aku gatal2. Memang doc ada bagitau kesan bius ni akibatkan rasa gatal2 di muka dan badan. Tak selesa ok! Alhamdulillah kembar tak banyak ragam. Aku dapat lena sekejap. Kencing berak kembar,nurse tolong uruskan. Aku hanya disarankan baring dan rehat, Apa2 cuma perlu tekan butang buzzer,, TETTTTTTTTTTTTTT!! hehehe.. Jiran katil aku tolong tarik tirai supaya aku tak diganggu. Terima kasih!

En Petani datang ketika lawat tengahari. Nampak sangat kegembiraan kat muka dia. Lepas dia salam cium aku, dia beri salam kat kembar dan azankan serta iqamatkan kembar. Di belek beleknya mereka. Kecil je... yang kembar lelaki 2.2kg,yang perempuan 2.1kg. Halus sangat..hehehe!



Dipendekkan cerita..selepas 6jam,kesan bius mula ansur hilang. Berdenyut2 kawasan jahitan ok! Nasib baik la jiran katil aku ni baik. Setiap kali kembar menanges,dia tolong angkat dan letak kat aku untuk disusukan,kemudian dia tolong angkat dan letak semua dalam baby cot. Sampai dia lepak kat kerusi aku nak senangkan kerja aku. Dia ada masalah kencing manis.So kena tahan ward sampai bersalin.

Malam yang sama,jiran katil aku yang depan ni pun dah bersalin. Cuma anak dia tak dapat nak menyusu. Ibu dia dah menangis takde susu lagi. Anak sulung. Nurse bagi susu formula pun dimuntahkan. Bayangkan kalau anak dia menangis, kembar dan anak anak yang lain kat situ akan menangis juga..

At last,dia datang ke katil aku. Mintak tolong susukan anak dia. Walau berlainan agama dan bangsa,aku rasa tak salah aku susukan anak dia. Anak syurga juga. Aku susukan,alhamdulillah bayi dia pandai sangat menyusu. Lama jugak..balas dendam gamaknya. Dan bayi dia lena..lena sangat. Aku nasihatkan dia cuba try buah kurma,horlicks dan air suam. Dia call suami dia dan mintak belikan malam tu juga. Hahahaha..pukul 2am nak cari mana..hehehe



Esoknya,family dia datang siap ucap terima kasih banyak2. Alhamdulillah la dia dah ada susu. Mereka bagi buah tangan. Siap bagi air twister oren 5botol!!!!


 Sebabnya dia tengok aku asyik minum twister je...hohohohoho! Aku masih lagi ditahan sebab nak make sure jahitan ok. Dan serius sakit bila nak pergi buang air. Nak berjalan tu nauzubillah sikit. Seksa!!! AKu kerap jalan ke arah kembar supaya aku serasi dengan pergerakan kalini. Sakit tu aku tahan je. Aku kena kuat!



Hari ketiga aku dah boleh discaj....! Yeahhh..lets go home HRs!!! Doc pun sempat ambil gambar. Katanya kenangan sebab jarang dapat handle kes kembar. Alhamdulillah best layanan doc kat sini! Terima kasih staff Wad Bersalin Hospital Tunku Jaafar,Seremban!

En petani kata: "kompem ke dah abes doc operate? macam ada lagi je.." Emosi
sungguh bile perut buncit gile...hahahaha


Dan inilah family aku.. bertujuh sudah!!! Doakan kami sekeluarga bahagia sehingga ke Firdausi. Aaminnn... terima kasih sebab sudi membaca!







7 comments:

  1. Pelbagai Produk Dispenser Water Filter & Master Filter (Outdoor) dan Jimat Tenaga
    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    • Alkaline WaterFilter - 6 Filters - RM599
    • 2 Suhu - Panas & Sejuk (TableTop & Stand - RM899 - 1498)
    • 3 Suhu - Panas, Normal & Sejuk (TableTop & Stand - RM1299-RM1499)
    • Gold Master Filter- 7 Layer (Fiber - Outdoor) RM799
    • Titanium Master Filter - 9 Layer (Fiber - Outdoor) RM999

    Producing High Quality alkaline water ph 7-9
    ‘Siap Pasang Baru Bayar'
    Harga Termurah di pasaran drpd segi kualiti, brand, rekabentuk dan harga
    Warranty 12 - 18 Bulan
    Filter import dari Korea (ada sijil halal)
    Pemasangan terus ke kediaman @ Pejabat anda

    ____________
    Super Jimat
    -------------------
    Deposit: RM 0
    Wang Proses: RM 0
    Bayaran Bulanan: RM 0
    Siap Proses Pemasangan Baru Buat Bayaran

    _________________
    Untuk Tempahan
    ---------------------------
    Hubungi - Whatapps/ Call / SMS: 017 8895 990 - Farid
    http://penapis-air-bioultra.blogspot.my/ < -------- (Lihat Pelbagai Produk kami)

    ReplyDelete
  2. Mulianya hati akak. Susukan BBY tu..moga Allah murahkn rezeki akak..doakan sy dpt twins jgk ye..teringn sgt2

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kongsi cerita dan pengalaman bersalin anak kembar di HTJ. Saya pun dikurniakan baby kembar dan merupakan kandungan pertama. InshaAllah nak bersalin di HTJ. Due date 6/9/19. Doakan urusan saya dipermudahkan Allah. Semoga puan dan keluarga berbahagia hingga ke syurga. Aaminn

    ReplyDelete
  4. Ya Allah....keluar air mata saya baca blog akak pasal pengalaman pregnant dan melahirkan kembar ni. Especially part operate dan tolong jadi ibu susuan kejap. I can see that you are such a positive woman, wife n mother. That's why Allah anugerahkan rezeki kembar. Sy dah ada anak sorang girl dan boy. Untuk anak seterusnya sy ada naluri mcm teringin nak kembar boy n girl atas sebab2 tertentu. Cuma sy mcm tak confident mampu ke jaga kalau 2 org. Tak confident tapi naluri macm nak...haha. Tu yg search psl pengalaman org pregnant kembar ni. Thank you share pengalaman...enjoy sgt baca. Semoga Allah permudahkan akak membesarkan anak2. Doakan sy jgk ye....in sha Allah...ameen.

    ReplyDelete

 
Get More Blogger Layouts At Hotlayouts2u.com