Thursday, December 18, 2014

Ceramah Free dr En Petani- Episod Marah


Aku letih sejak minggu ni.. Hadee asek nanges sbb nak berdukung,tak boleh gerak,mimi hilang dari mata,die punya siren mmg kuat. Sampai jiran kdg2 tegur bertanya "T..ekau sakit ko?".. "hadee xleh miminye hilang,makcik..." ntahla..nak kata aku manjakan dia berdukung..mmg dari Hafiz lagi aku tak manjakan berdukung sokmo..maybe nak tumbuh gigi... Tidur bukan lagi dengan nenen..sekarang dengan berdukung sambil hayun sikit... Memang aku tak ajar anak3 aku berbuai sebab susah kalau ke mana2 usung buai..risau pun ye gak.. Malam pun xberapa nak lena..sebab bila die terjaga,kene berdiri n hayun2..kdg2 terus tak boleh sambung tidur sbb mata dah cergas. Diselang seli hanna dan hafiz kadang2 berjaga nak susu.

Bila aku tak cukup tidur,aku letih dari segi emosi walaupun fizikal aku yang tak cukup tidur boleh stay sampai 1pagi kemudian pukul 4pagi terjaga. End up aku jadi pemarah. Aku jadi bengis especially bila anak2 tak dengar kata,nakal..aku jadi hilang mood nak berniaga..dan aku mula malas nak buat apa2. Yang aku mahu,aku nak sendirian,tanpa buat apa2..kalau boleh nak online tanpa gangguan. Tanpa dengar suara anak2..tanpa dengar permintaan en petani yg asek tanye "dah buat air?"..Tanpa handphone jammed...tanpa laptop yg asek2 pop up "you want to restart your computer?"..

Hinggala petang semalam,en petani hantar whatsapp pukul 6pm, "T..d balik lambat arini,ade perbincangan" itu bermakna hampir pukul 7.30pm paling awal dia akan sampai rumah. So aku reply.. "OK..tapi arini makan lewat sikit la k?" Semenjak hadee agak cranky ni, en petani la akan main2 dengan hadee sementara aku bersilat kt dapur. Kalau hadee mood baik,mmg xde masalah aku kat dapur. Tapi pd hari semalam,bukan setakat hadee je cranky..hanna pun sama yg asyik menangis..tak boleh ditegur,mula cembeng,nanges..tgh peluk hadee pun die menangis sbb aku xnak dukung or main dengan dia..dan kdg2 sbb hafiz menyakat dan mengusik dia. Dan hafiz la yg selalu aku marah2..sehinggakan time nak mandi pun,hanna nanges xnak mandi..end up aku mula keraskan suara dengan dia dan mandikan dia sambil dia menangis.

Aku hilang terus mood nak memasak. Nak whatsapp en petani,tetiba tab aku hang lagi..berhangen aku... Aku cuba call en petani guna tepon umah sbb nak suh die tapau je lauk..tapi tak berangkat..maybe tgh atas motor...arghhh!!! Bila dia sampai rumah,dia tanya nape aku call..aku pun bgtau yg aku malas masak. Dan aku langsung tak maniskan muka dan dia tau yang aku sdg moody yang amat sangat. Dia pun tak banyak tanya n bgtau lepas sembahyang maghrib nanti dia pergi tapau. Lepas dia solat..die main COC kejap..die tanya soalan "Betul ke t tak nak masak arini?" Tetiba aku jadi sentap dan hangen.. dalam hati aku,aku marah..berapa kali aku nk cakap yg aku taknak masak..penat tau x penat?? Aku terus bangun dan jawab, "OK..t masak la" dan terus ke dapur. Tgh aku cuci kuali,hafiz datang dengan kerusi utk "tolong" main air sekali. Ntah macam mana,dia pegang/tersiku cawan kaca hampir terhempas dan aku sempat menyambut. Terus aku tengking hafiz dan pukul tangan die. En petani datang ke dapur dan bawa hafiz keluar dr dapur. Hafiz masih muka terkejut. Maybe die tak sangka aku akan tengking die mcmtu. En petani cakap dengan lembut.. "Jap lagi d keluar.." Aku yang masih berangin,terus ke belakang dapur dan sidai kain baju yg tak tersidai dr tengahari.. "eh t..biarla d yg buat nanti" en petani sapa aku. "Biarla t buat..t nak cool jap..kalau tak,t marah anak2 lagi.." suara aku masih tegas..

"T ada masalah ke? Ada apa2 berlaku?" dia mula nak memujuk. "T stress..." aku jwb pendek..Dia faham bini dia ni skrg tgh moody...so dia keluar bawak anak2 pergi ke kedai dan aku jaga hadee di rumah. Sebelum die keluar,die pesan "T..lepas solat isyak nanti baca surah alFatihah,4Qul dan Qursi" Aku tanya kenapa... "Ada bau bunga..." Aku diam je..tapi aku tak terus solat sebab jaga hadee n nak berehat skjp.. Agak dah cool..dorg pun balik. Muka hafiz n hanna pun happy je sbb keluar jalan2 dgn abah dia. "Miiiii..." diorang jerit2 happy peluk aku macam seribu tahun tak jumpa.. Dalam hati aku berdetik rasa bersalah dengan dorg..sungguh....tapi aku rasa emosi aku dah terlalu penat nak melayan dorang..


Makan semeja..anak2 aku makan berselera bihun goreng gerai Annur..sbb situ je yg anak2 aku akan makan dengan licinnya.Aku lupa apa yang berlaku harini. Aku layan dorg macam biasa..entah macamana,en petani bukak bicara bermula dengan soalan2 biasa pasal pakcik2 aku yang dtg minggu lepas..dan kami mula berborak...agak2 dah selesa,dia tanya apa aku amalkan lepas solat? Aku jawab, "T istighfar 33x,bertasbih,bertahmid,bertakbir (Subhanallah,Alhamdulillah,La Illaha Illallah,Allahuakbar)..selawat..baca al Fatihah 7x..Kursi 3x..pastu doa"

Dia: Kenapa alFatihah 7x?
Aku: Sedekah kepada 1)Para Rasul dan Para Nabi, 2) pada diri sendiri 3)Pada mak abah t,mak ayah d 4)pada d 5)pada anak3 kita 6)pada semua yg hidup dan mati 7)pada yg bermusuh dgn t.
Dia: Kenapa Kursi 3x?
Aku: 1) Mohon perlindungan keluarga kita dari kejahatan manusia 2)Mohon perlindungan harta benda kita 3)Mohon perlindungan dari gangguan sihir atau jin kepada keluarga kita

Dan dia mula berbicara... "T...sedar tak...t solat..t doa..t istighfar..tapi t marah2..t angin..t moody..agak2 kenapa?" Aku terus diam....Die jawab " Sebab ade bende yg agak kotor..syaitan iblis suka bende kotor2 ni..lagi senang dia nak hasut2.. Macam mana t ambil wudhuk? Macam mana t mandi wajib? Suci tak? Rata tak air tu?" Aku yakin rata.. "Membazir air kan?" Ya...tu aku ngaku... "T..ingat..nak amek wudhuk ke mandi wajib ke..jgn membazir air..tu pun amalan syaitan. Bukak air kecik je.. asalkan air rata..make sure sume kena air. Niat jangan lupa..bahasa arab dan bahasa melayu tu..guna tangan ratakan air..bukan curah je dengan air paip"

Camna dengan solat? Solat jangan tergesa2...biar rileks tenang... kalau hadee menangis..bagi salam..settlekan hadee dulu...pastu solat semula...ambik masa tapi jangan lengah2kan..Allah faham kenapa..yg penting jaga solat tu..solat tu yg jaga iman nanti..iman je yg boleh bawak sabar...

"Selain tu..apa yang kotor?" Aku diam lagi... "Hati t tu...t jangan pendam masalah..t jgn pendam yang tak puas hati...bila tu sumer t pendam dalam hati,tu tanda tak berlapang..tak bersih hati tu t...hati tu akan kotor..ade masalah cuba cerita kt d..tak kisahla xde kaitan dengan d sekalipun..cerita..bagitau..kalau boleh setel,kite setelkan..nk tanya pendapat,kita boleh berbincang..tapi t tak nak cerita..t nk tunjuk t kuat..tu sebab bila t marah,t amek masa yg lama nk cool seolah2 besar nauuu marahnya tu...yg jadi mangsa tu dorg bertiga..tak kesian ke??"


Aku dah start mengalir air mata..ya..ape die cakap semua betul..aku jarang cerita masalah aku kat dia. Sebab bagi aku,takde kaitan dengan dia..kalau aku cerita,aku risau die bukan support or maybe die akan buat aku marah..aku rela pendam pikirkan sendiri..sebab aku rasa aku boleh hadap..aku boleh settle...8thn dia kenal aku,dah nak masuk 5thn berkahwin..die da faham hidup aku macam mana "Meh cite kt d...apa masalah t sebenarnya...cerita kat d semua.."

Aku mula cerita bermula masalah di rumah,masalah bisnes,masalah anak3,masalah family,masalah duit,masalah hutang semua aku cerita..yang mana dia dah tau cerita pun aku cerita lagi dan lagi dan lagi..sepanjang bercerita...anak3 main sendiri..seolah2 faham mimi n abah tgh berkaunseling..

D...sekarang pukul berapa?
10.45pm..

Tak mandi lagi dan solat isyak lagi...huhuhuhu...
dan solat kalini dengan air mata...

Sebelum tidur,aku berfikir apa yang dia kata..apa yang die ucap.. Ya..marah lawannya sabar...sabar tu separuh dr iman...jaga iman dengan solat...jaga solat dengan kesucian..kesucian tubuh dan kesucian hati... so conclusionnya, marah biar bertempat,hati sentiasa kena bersih..

Dan malam tadi...tidur agak lena tapi 3jam je sebab hanna bagitau nak susu.. baru nak lelap,dah dengar azan subuh...hohohoho...tp alhamdulillah agak tenang dan da dpt jawapan untuk semua masalah2 aku...

and aku harap pasni aku boleh jadi mimi HR yg baik...



No comments:

Post a Comment

 
Get More Blogger Layouts At Hotlayouts2u.com