Friday, December 19, 2014

Rawat Kulit Hanna..


Hari sabtu 13Disember, aku perasan kat dada hanna (nama manje nana) ade naik bintik bintik merah macam ruam.. biasenya kalau naik bintik2 tu,mlm da clean clear dah.. tapi aku mula perasan makin merah..berbiji2 dan bermata kudis...aku sapu bedak merah antiseptik dgn sangkaan maybe sebab peluh,almaklumlah cuaca agak terik..makin lama makin worse..makin merebak..dr dada ke leher bawa ke bahu..


So ni gambar pada pagi 18 Disember...sementara nk tunggu en petani pulang nk bawak nana ke klinik.. teruk...tapi die tak garu2..tak nanges2...means tak gatal n tak pedih..



sementara tu sempat aku bertanya kt rakan2 FB aku...so aku tertarik dgn cadangan kawan aku pasal TABLOQ tu..seacrh2 kt FB..aku terjumpa la Tabloq DRembau ni...haaa kebetulan dah dekat sgt dgn tampin..so aku terus SMS owner page tu...nk pm malas,risau xsempat berbalas..aku dah nak keluar rumah nk gi klinik... Alhamdulillah beliau pun reply SMS bgtau nk ke tampin ptg nanti..boleh COD je...


So aku ke klinik dulu...doc cek,bgtau ni bukan kayap..bkn eczema..bkn elejik...doc bgtau klu kayap,akan serang saraf sikit buatkan rasa pedih..elerjik pula takkan ambil masa terlampau lama..eczema biasanya akan berulang2 dan elergik dengan peluh,telur dan lain2.. so dia tgk jenis kt kulit nana ni more kepada infection..so doc cadangkan ambil antibiotik dan cream antibiotik selama seminggu...

So slps keluar dr bilik doc..aku ke farmasi utk ambil ubat..kat sini la sumthing yang buatkan aku berfikir banyak kali..ahli farmasi bertelingkah mengenai dos antibiotik yg patut hanna ambil..ikut kiraan si A patut 7.5ml...ikut kiraan B 5ml...so tgu jawapan doc...akhirnya 5ml...si A khabar dos antibiotik ni ikut kiraan umur dan berat badan hanna..yg B khabar antibiotik ni agak kuat utk kanak2..okkkkkk...aku agak teragak2 nak bagi tapi aku diam je..tentang cream antibotik ni pulak dorg khabar agak pedih sikit... okkkkk lagiiiiii aku seriaaaauuuuuuu....


So sementara tu aku dpt SMS dr owner page Tabloq tu...die da gerak dari Rembau..so dalam 10minit akan sampai Tampin..aku pun da settle urusan klinik..alang2 terus gi jumpe beliau kat depan Giant.. sampai sana..aku turun sementara encik petani tgu dalam kereta...hanna jerit nangis nak ikut aku..so en petani bukak pintu kereta untuk hanna..

"Laaaa bini Razak ke????" aku toleh...aku tak kenal...tapi rupanya die kawan sekolah en petani.. Laaa..rupenye member laki aku rupanye..kecik benor FB ni...hahaha.. ok..selepas dpt khidmat nasihat cara penggunaan Tabloq..aku pun balik.. selepas mandi petang tu...aku sapukan tabloq kt nana...sebelum tidur pun aku sapu lagi...


esok paginya aku tengok dah tak merah berbiji2...cuma halus2 dan mula mengering... lepas mandi..aku sapu lagi...


dan bila aku tengok da hilang je masker tu..aku sapu dan sapu dan sapu...takpe..based tanah liat... Tabloq ni macam masker lumpur..bau tak best tapi takdela teruk mana...boleh tahan lagi...hohohoho....

dan petang tadi....mmg nampak kesan yang bagus....tanpa ubat doc...aku cume sapu minyak zaitun utk lembutkan kudis2 supaya tak berbekas..


So aku memang rekemen korang yg ade masalah kulit try TABLOQ ni... thanx kepada Ween sbb rekemen..n thanx kpd kawan razak tu gak...

Harga??? Bukan RM50...Bukan RM35...Bukan RM20...RM15 pun tak sampai....


RM8 je....hohohohoho

Thursday, December 18, 2014

Ceramah Free dr En Petani- Episod Marah


Aku letih sejak minggu ni.. Hadee asek nanges sbb nak berdukung,tak boleh gerak,mimi hilang dari mata,die punya siren mmg kuat. Sampai jiran kdg2 tegur bertanya "T..ekau sakit ko?".. "hadee xleh miminye hilang,makcik..." ntahla..nak kata aku manjakan dia berdukung..mmg dari Hafiz lagi aku tak manjakan berdukung sokmo..maybe nak tumbuh gigi... Tidur bukan lagi dengan nenen..sekarang dengan berdukung sambil hayun sikit... Memang aku tak ajar anak3 aku berbuai sebab susah kalau ke mana2 usung buai..risau pun ye gak.. Malam pun xberapa nak lena..sebab bila die terjaga,kene berdiri n hayun2..kdg2 terus tak boleh sambung tidur sbb mata dah cergas. Diselang seli hanna dan hafiz kadang2 berjaga nak susu.

Bila aku tak cukup tidur,aku letih dari segi emosi walaupun fizikal aku yang tak cukup tidur boleh stay sampai 1pagi kemudian pukul 4pagi terjaga. End up aku jadi pemarah. Aku jadi bengis especially bila anak2 tak dengar kata,nakal..aku jadi hilang mood nak berniaga..dan aku mula malas nak buat apa2. Yang aku mahu,aku nak sendirian,tanpa buat apa2..kalau boleh nak online tanpa gangguan. Tanpa dengar suara anak2..tanpa dengar permintaan en petani yg asek tanye "dah buat air?"..Tanpa handphone jammed...tanpa laptop yg asek2 pop up "you want to restart your computer?"..

Hinggala petang semalam,en petani hantar whatsapp pukul 6pm, "T..d balik lambat arini,ade perbincangan" itu bermakna hampir pukul 7.30pm paling awal dia akan sampai rumah. So aku reply.. "OK..tapi arini makan lewat sikit la k?" Semenjak hadee agak cranky ni, en petani la akan main2 dengan hadee sementara aku bersilat kt dapur. Kalau hadee mood baik,mmg xde masalah aku kat dapur. Tapi pd hari semalam,bukan setakat hadee je cranky..hanna pun sama yg asyik menangis..tak boleh ditegur,mula cembeng,nanges..tgh peluk hadee pun die menangis sbb aku xnak dukung or main dengan dia..dan kdg2 sbb hafiz menyakat dan mengusik dia. Dan hafiz la yg selalu aku marah2..sehinggakan time nak mandi pun,hanna nanges xnak mandi..end up aku mula keraskan suara dengan dia dan mandikan dia sambil dia menangis.

Aku hilang terus mood nak memasak. Nak whatsapp en petani,tetiba tab aku hang lagi..berhangen aku... Aku cuba call en petani guna tepon umah sbb nak suh die tapau je lauk..tapi tak berangkat..maybe tgh atas motor...arghhh!!! Bila dia sampai rumah,dia tanya nape aku call..aku pun bgtau yg aku malas masak. Dan aku langsung tak maniskan muka dan dia tau yang aku sdg moody yang amat sangat. Dia pun tak banyak tanya n bgtau lepas sembahyang maghrib nanti dia pergi tapau. Lepas dia solat..die main COC kejap..die tanya soalan "Betul ke t tak nak masak arini?" Tetiba aku jadi sentap dan hangen.. dalam hati aku,aku marah..berapa kali aku nk cakap yg aku taknak masak..penat tau x penat?? Aku terus bangun dan jawab, "OK..t masak la" dan terus ke dapur. Tgh aku cuci kuali,hafiz datang dengan kerusi utk "tolong" main air sekali. Ntah macam mana,dia pegang/tersiku cawan kaca hampir terhempas dan aku sempat menyambut. Terus aku tengking hafiz dan pukul tangan die. En petani datang ke dapur dan bawa hafiz keluar dr dapur. Hafiz masih muka terkejut. Maybe die tak sangka aku akan tengking die mcmtu. En petani cakap dengan lembut.. "Jap lagi d keluar.." Aku yang masih berangin,terus ke belakang dapur dan sidai kain baju yg tak tersidai dr tengahari.. "eh t..biarla d yg buat nanti" en petani sapa aku. "Biarla t buat..t nak cool jap..kalau tak,t marah anak2 lagi.." suara aku masih tegas..

"T ada masalah ke? Ada apa2 berlaku?" dia mula nak memujuk. "T stress..." aku jwb pendek..Dia faham bini dia ni skrg tgh moody...so dia keluar bawak anak2 pergi ke kedai dan aku jaga hadee di rumah. Sebelum die keluar,die pesan "T..lepas solat isyak nanti baca surah alFatihah,4Qul dan Qursi" Aku tanya kenapa... "Ada bau bunga..." Aku diam je..tapi aku tak terus solat sebab jaga hadee n nak berehat skjp.. Agak dah cool..dorg pun balik. Muka hafiz n hanna pun happy je sbb keluar jalan2 dgn abah dia. "Miiiii..." diorang jerit2 happy peluk aku macam seribu tahun tak jumpa.. Dalam hati aku berdetik rasa bersalah dengan dorg..sungguh....tapi aku rasa emosi aku dah terlalu penat nak melayan dorang..


Makan semeja..anak2 aku makan berselera bihun goreng gerai Annur..sbb situ je yg anak2 aku akan makan dengan licinnya.Aku lupa apa yang berlaku harini. Aku layan dorg macam biasa..entah macamana,en petani bukak bicara bermula dengan soalan2 biasa pasal pakcik2 aku yang dtg minggu lepas..dan kami mula berborak...agak2 dah selesa,dia tanya apa aku amalkan lepas solat? Aku jawab, "T istighfar 33x,bertasbih,bertahmid,bertakbir (Subhanallah,Alhamdulillah,La Illaha Illallah,Allahuakbar)..selawat..baca al Fatihah 7x..Kursi 3x..pastu doa"

Dia: Kenapa alFatihah 7x?
Aku: Sedekah kepada 1)Para Rasul dan Para Nabi, 2) pada diri sendiri 3)Pada mak abah t,mak ayah d 4)pada d 5)pada anak3 kita 6)pada semua yg hidup dan mati 7)pada yg bermusuh dgn t.
Dia: Kenapa Kursi 3x?
Aku: 1) Mohon perlindungan keluarga kita dari kejahatan manusia 2)Mohon perlindungan harta benda kita 3)Mohon perlindungan dari gangguan sihir atau jin kepada keluarga kita

Dan dia mula berbicara... "T...sedar tak...t solat..t doa..t istighfar..tapi t marah2..t angin..t moody..agak2 kenapa?" Aku terus diam....Die jawab " Sebab ade bende yg agak kotor..syaitan iblis suka bende kotor2 ni..lagi senang dia nak hasut2.. Macam mana t ambil wudhuk? Macam mana t mandi wajib? Suci tak? Rata tak air tu?" Aku yakin rata.. "Membazir air kan?" Ya...tu aku ngaku... "T..ingat..nak amek wudhuk ke mandi wajib ke..jgn membazir air..tu pun amalan syaitan. Bukak air kecik je.. asalkan air rata..make sure sume kena air. Niat jangan lupa..bahasa arab dan bahasa melayu tu..guna tangan ratakan air..bukan curah je dengan air paip"

Camna dengan solat? Solat jangan tergesa2...biar rileks tenang... kalau hadee menangis..bagi salam..settlekan hadee dulu...pastu solat semula...ambik masa tapi jangan lengah2kan..Allah faham kenapa..yg penting jaga solat tu..solat tu yg jaga iman nanti..iman je yg boleh bawak sabar...

"Selain tu..apa yang kotor?" Aku diam lagi... "Hati t tu...t jangan pendam masalah..t jgn pendam yang tak puas hati...bila tu sumer t pendam dalam hati,tu tanda tak berlapang..tak bersih hati tu t...hati tu akan kotor..ade masalah cuba cerita kt d..tak kisahla xde kaitan dengan d sekalipun..cerita..bagitau..kalau boleh setel,kite setelkan..nk tanya pendapat,kita boleh berbincang..tapi t tak nak cerita..t nk tunjuk t kuat..tu sebab bila t marah,t amek masa yg lama nk cool seolah2 besar nauuu marahnya tu...yg jadi mangsa tu dorg bertiga..tak kesian ke??"


Aku dah start mengalir air mata..ya..ape die cakap semua betul..aku jarang cerita masalah aku kat dia. Sebab bagi aku,takde kaitan dengan dia..kalau aku cerita,aku risau die bukan support or maybe die akan buat aku marah..aku rela pendam pikirkan sendiri..sebab aku rasa aku boleh hadap..aku boleh settle...8thn dia kenal aku,dah nak masuk 5thn berkahwin..die da faham hidup aku macam mana "Meh cite kt d...apa masalah t sebenarnya...cerita kat d semua.."

Aku mula cerita bermula masalah di rumah,masalah bisnes,masalah anak3,masalah family,masalah duit,masalah hutang semua aku cerita..yang mana dia dah tau cerita pun aku cerita lagi dan lagi dan lagi..sepanjang bercerita...anak3 main sendiri..seolah2 faham mimi n abah tgh berkaunseling..

D...sekarang pukul berapa?
10.45pm..

Tak mandi lagi dan solat isyak lagi...huhuhuhu...
dan solat kalini dengan air mata...

Sebelum tidur,aku berfikir apa yang dia kata..apa yang die ucap.. Ya..marah lawannya sabar...sabar tu separuh dr iman...jaga iman dengan solat...jaga solat dengan kesucian..kesucian tubuh dan kesucian hati... so conclusionnya, marah biar bertempat,hati sentiasa kena bersih..

Dan malam tadi...tidur agak lena tapi 3jam je sebab hanna bagitau nak susu.. baru nak lelap,dah dengar azan subuh...hohohoho...tp alhamdulillah agak tenang dan da dpt jawapan untuk semua masalah2 aku...

and aku harap pasni aku boleh jadi mimi HR yg baik...



Wednesday, December 17, 2014

Aku,Apam Balik,Anak


Yuhhuuuu...

Dulu la kan... DULLUUUUUUUUU....mak n abah aku jarang bawak kami makan luar...kecuali time gaji... kempunan nak makan ape2..mak aku buat sendiri kt umah..walau tak sama rupa yg mcm kt kedai..tapi rasenye lagi enak...maybe betul orang cakap,air tangan ibu lebih enak walaupun orang lain rase.. "eleh..takdela sedap mana pun.."

Sekarang aku pun dah ade 3org anak.. Hafiz,Hanna,Hadee... fasa suka nak makan..


satu hari tu anak aku 'berebut' apam balik dengan sepupunya..sedihnya alahai bila tengok anak aku makan... tuptup member share pulak kat fesbuk resepi apam balik...elehhh kacang senang gileeee...riak kan??


Maka..aku pun mula wat operasi... perghhh demi anak3..sanggup woooo...riak 'kacang senang gileeee' punye pasal...ni le jadinye...


perghhh malu siot....seb bek en petani berkebun kat melaka...kalau die ade,mesti die gelak 8harakat 1nafas...takpe2...aku tengok reaksi anak2 aku dulu...alhamdulillah...


aku tengok dorang makan khusyuk sungguh...tv kat belakang xheran...kusyen2 yg bersepah2 ni pun xberkemas mengadap apam balik aku tu...haaa kauuuuuu


Nak lagi derr...!!! Nak lagi!!! Yess..memang sedap le tuuu...tanye byk2 kali.. "Sedap ke long?" "Dap...dap...dap.." sambil angguk laju2... seb bek next batch ni cantik sikiiiiittttttt...



haaa bangga gile mimi..7keping abes camtu je...mimi dpt makan 2keping...hafiz 3keping..nana 1 keping n setengah... lagi setengah aku cubit2 untuk hadee..



Haaa..puas hati buat sendiri utk dorang...baru aku faham perasaan mak aku time dok masak2 utk kitorang ni...enjoy sebenarnya... etlis dorang rajin ke dapur...


Rajin nana main air cuci cawan haa sementara tunggu next batch aku buat apam balik haa...seb bek hadee duk diam2 tgk tv... hafiz mcm biasa..jd penonton n pembantu aku dr a-z... die la nak masukkan tepung dlm blender....die la nk tolong tekan suis blender..die la nak tabur kacang..die la nak tabur gula...huhuhu...by the way.. mimi happy bile anak3 mimi suke...


Okeh...nk kemas dapur...buat apam balik macam kenduri doa selamat kt umah....hohoho...tata!



Wednesday, December 10, 2014

Aku Heran dengan Jiran

Sobsobsobsob...

okeh...aku sedih sbb en petani kene gi berkebun kt Kedah...tsk..tsk.. cehhh sehari je pun cembeng...hohoho..bukan pe..sebab time die takdela...abam2 hensem ni dtg umah... seb bek iman teguh...kalau x..leh mintak nombor nk wasap2..hamboiiiihhhhh..



Alkisahnya kerana Majlis Daerah Tampin (MDT) dapat aduan mengenai kereta en petani yg tersadai di bahu jalan di hadapan umah MAK MERTUA aku... ok?? baca betul2... DEPAN UMAH MAK MERTUA AKU A.K.A UMAH MAK RAZAK..(gaya bonda temah)..atas aduannya mengganggu/kacauganggu awam... Ganggu ape aku tak tau...


Ok...for uols punye info..kereta Kia kami ni terlibat dalam kemalangan raya 2013..dan tersadai di Gombak hampir setahun sebelum dibawa pulang ke umah mertua aku ni...ongkos xde nak wat abes..dpt buat sikit2...tgh kumpul duit... Dlm perancangan kami..awal bulan February 2015 insyaallah dpt imbuhan sedikit..boleh la nak kasi mantap meletop balik Decepticon kami ni...


Aku dpt call dr mak mertua aku (selang 3lorong) bgtau yg abam2 ni nak dtg rumah... "Razak ade x nak?".. "Razak da gi Kedah,mak..." jenguk kat luar..abam2 ni da sampai... takpolah den try kasi setel la...

Ye..ni adelah warning kali ke3...

Kali Pertama:- Pada hujung Nov,pada hari yg sama En Petani dah naik pejabat Majlis...dan dikatakan mereka bagi tempoh sehingga bulan Januari 2015..

Kali kedua:- 2 Disember,dan pada hari yg sama lagi sekali En Petani naik ke pejabat mintak tangguh..dah bagi surat permohonan. Tapi xdpt maklumbalas lagi.

Kali ketiga:- 9 Disember...harini...

Dari borak2 dengan mereka..ikutkan perasaan sebagai seorang manusia..bagi mereka, kereta Kia aku tu xde ganggu ape2 pun. Cuma ye la..bila da dapat aduan,mereka kena turun selesaikan. Ok,yang tu aku respek. Dalam blog ni aku xsalahkan abam2 hensem ni.. tapi aku heran dengan jiran2 mak mertua aku tu.. Ape kejadah kereta aku ni ganggu dorang?? Aku parking depan umah dorang ke?


nampak kete Kia aku tu? Ni dari sudut dari pintu umah mak mertua aku ok? Kereta tu aku parking depan pagar umah dorang ke?? tak kan?? elok je kete tu parking dibawah rimbunan pokok mangga yg ditanam mak mertua aku dimana disitulah aku menunggu saat en petani nk kenalkan aku kt keluarga die..ohh so nostalgic pokok itu...


ni dari angle jalan sebelah kiri umah mak aku... korang tengok punye luas laluannye haa...selalu aku tgk bas sekolah..lori pasir..baru sat tadi trailer panjang masuk lalu...menonong je..xde bajet2 lepas ke idak...apatah lagi keta kancil 2bijik lalu sebelah menyebelah boleh sembang2... haaa...xdela sempit mana..ganggu lalulintas dorang ke??


Haa..ni pulak dr angle sebelah kanan umah mak aku..haa tang mana nak kabo kacauganggu awam tu...aku musykil ni...kebersihan?? mak mertua aku rajin bersenam sapu sampah2 jalan raya n daun2 kering dr pokok2 dia..ko tgk gambar ni udah..bersih clear...nak harap jiran2?? duk belai anak2 kucen dlm umah takpun cuci kete sambil pasang lagu kuat2...

Bagi aku, tak puas hati kot ye pun,dtgla jumpe mak mertua aku tu.."OOO..teh..ko suh le anak ko kalih kete ni..sakit mata aku ni haa.." Xpun.. nampak laki aku kt surau .. "Eh ajak,pakcik nk wat kenduri ni haa..ekau alih keta ekau...wat semak background gambar kawen nanti jo.." Sembang depan2..pe susah...kan?

Yela..mentang2la kitorg xberduit selambak mcm korang yg leh dok tukar mozek depan umah..wat bumbung awning cantik2..upah cat,pasang lampu bagai...Yang kitorg ni kereta 2bijik ni je..nak tukar2 sesuke ati pun jenuh pikir..xmampu nak beli sampai 4bijik serumah sampai xtau nak parking mana dah kereta2 tu...tu yg nak aim parking kt kete kia tu kan? redup...bawah pokok...xdela panas kete baru korang kan?

Ade plak jiran kate nk wat kenduri..nak pasang khemah ku leh smp dpn umah mak mertua aku ni haa.. maybe kete tu nt cacatkan background gambar kawen anak die ke...mana la tau kan? beria2 tanye mak mertua aku nape abam2 MDT dtg..belum ape mak aku xcerita pasaipa lagi..dah diberi cadangan "ko suh la anak ko alih kereta tu ke bawah sana sikit..." PEKEJADAH nk suh alih ke umah org? umah sendiri pun kene saman...ni kan parking depan umah org...

3864 umah mertua aku...3926 umah aku...

Serius la...bagi aku.. ko ade masalah dengan aku..ko sembang depan2 dengan aku... tgk abam2 hensem ni... maybe xpuas hati agaknye asek sembang dengan mak mertua aku je jd org tgh..dorg sanggup dtg cari kami nk kasi setel masalah...ade aku pukul abam2 hensem tu? ade aku halau abam2 hensem tu? kamon la..sembang depan2 la..jgn main bangsat sampai susahkan orang.. kasi turun naik pejabat 1 hal... nk kene cr towing car 1 hal.. nak cr port letak kete ni 1 hal... duit nak bayar tu sume 1 hal..susahkan abam2 hensem ni pun 1 hal..sampaikan abam hensem ni kata "kdg2 hidup berjiran pun menyusahkan gak kan?" die pun pening,apa masalah dorg dgn kereta tu...siap ckp,kalau MDT xkasi setel,nak masukkan dlm paper... hak ala...hal kecik cmni nak buat frontpage utusan ke makcik??


Aku xtau sape yg mengadu ni..sbb abam hensem kate dr jiran2 mak gak..haihhh..kalau tau..mau aku dtg bawak sirih junjung ke rumah nak merisik.. "APA MASALAH MAKCIK DENGAN KERETA KAMI TU?? NAK BELI KAAA??"

Thursday, December 4, 2014

Sepinggan Nasi dan Rezeki


Arini aku dapat ilham dari sepinggan nasi yang aku makan sambil menyuap anak2 aku.. Bak kata orang2 yang selalu komen kt fesbuk.. "Kalau nasi dalam pinggan,dah masuk mulut pun boleh terkeluar jika itu bukan rezeki kita"


Ye..harini aku masak ikan keli goreng bersambal,sayur kubis bunga+lobak+sotong tumis air dan telur dadar.. Aku ambil 3senduk nasi untuk suap anak2 aku dulu. Oleh sebab sambal aku buat agak pedas,so aku ambil ikan keli yg tak letak sambal.. lalu aku suap,diselang seli sayur,telur,ikan aku make sure takde tulang...suap sampai habis sepinggan tu.. Hafiz jenis tak kisah bab makan..nganga je...kadang2 die lap mulut die sbb butir2 nasi lekat kt pipi,hujung bibir...kdg2 die sedar,die kutip mkn balik.. Hanna agak cerewet,setiap aku nk suap die akan teliti dulu. Kalau takde lauk yang berkenan,die takmo makan...kadang2 aku paksa gak die makan...kadang2 die menganga je makan sebab leka bergurau dgn abang n adik dia... Lepas selesai,aku ambil nasi 2senduk untuk aku plak... kali ni aku ambil yang ade sambal..pedas,pijar lidah pun aku telan sebab sedap n selera tengah membuak dengan ikan keli. Tetiba aku kunyah sayur2 yang berbaki dari anak2 aku tadi. Sedap rupanya...aku bukan penggemar sayur. Family aku,laki aku,keluarga mertua aku,kawan2 aku pun tau betapa 'elejik'nye aku dengan sayur. Entah nape malam ni terbukak selera aku kunyah kobis bunga n carrot tu...maybe sebab ade rase2 sotong tu..huhuhu...
Bila kenyang...aku cuci tangan dan pinggan...

Copppp ape ilham yang aku dapat dari sesi makan mlm tadi...

Rezeki ni datang pelbagai cara..Kesihatan,Kekayaan,Kebahagiaan,Persahabatan dan lain2 yg korang anggap itu rezeki...Rezeki ni nikmat yang diberi oleh Allah bukan UMNO Aku bantu kekasih atiku mencari rezeki.. Walaupun aku berniaga kecil-kecilan, setiap hasil bukan untuk aku seorang... aku kongsi untuk keluarga aku terlebih dahulu..kdg2 berduit lebih,aku xbelanja brg2 yg anak2 aku mintak selalu sbb aku xnak anak3 aku nt spoiled "ape je dorg nak,mimi tunaikan" no no no..aku beli yg mana perlu je.. bg aku anak3 aku,suami dan family yang happening ni adalah rezeki utk aku...bukan semua dapat rasa bahagia itu...opkos aku akan cube bagi yang terbaik kat dorang walopun aku xsekaya nazri aziz yg leh beli umah utk anaknye rm7juta...aku dan suami akan bagi yang mana termampu dan terbaik le...takkan korang sumbat je ikan dgn tulang2 sekali sebab anak korang nak makan tulang tu..ye dak??hohoho...


Ada manusia tak kisah dengan apa yg die ade,apa yg die dapat..kadang2 rezeki atau jodoh da dekat,tolak abesss....tapi bila nak..dikutip,dicari balik... Ada manusia pula begitu teliti apa yg dia nak.. nak kawen dgn org muke mcm Fizo Omar...nk kaye dpt duit camne nak beli Lancer Mitsubishi..nak anak bile...sume diteliti dulu...kalo boleh nak perfect....tp kadang2 bila dalam keadaan tak sedar yg sebaliknya jd rezekinya..bila hati da suka,boleh jatuh cinta dgn Abu Bakar Omar..bile hati berkenan,beli kereta Inspira...xgitu komer sumer??


Biasa ibu bapa akan mengkemudiankan diri mereka.. Mereka cari rezeki dengan bersusah payah..Ada yang kerja dengan boss lelaki macam datang bulan asek nak marahhh je kejenye... Ada yang berminggu nak jual 1 barang takde customer nak beli... tapi sebab itulah punca rezeki..itulah minat kita... segalanya terpaksa... Sama gak bab jodoh n kebahagiaan... mana ada hubungan yang tak panas... buruk baik pasangan itu lah yang buatkan kebahagiaa itu tercipta..nak buat camne...dah hati sayang dgn laki bini masing-masing...ye dok???

Kadang2 rezeki yang datang kat kita,bukan dari bende yang kita minat.. Contoh bagi org meniaga... Ahhh menyampahla nak meniaga jamu...orang pandang kita mcm gile seks je jual jamu rapat2 ni.. Ahhhh menyampahla meniaga produk MLM ni...menipu je keje... Ahhhh malas la nak meniaga bende makan ni..renyah kejenye... Tapi kadang2 Allah nak bukak pintu hati...bende yang kita menyampah itu la jadi punca rezeki kita... yang menyampah tu la buatkan ekonomi stabil semula... sama gak dengan jodoh... ahh menyampahlah dengan neelofa tu...gedik2...seksi2... haaa sekarang...berebut2 nak jadi laki neelofa lepas die berhijab,baik gituuuu....


Bila kita dah biasa dengan kehidupan,kebahagiaan,kekayaan (harta/jiwa) yang ada... jangan lupa bersihkan.. berzakatlah,bermesralah,bersyukurlah Malaysia Aman.. Jaga 'kebersihan' rezeki kita...

Ok da kenyang...nak tido...tata!

Tuesday, December 2, 2014

This Is My December..!!!

Uhukkk uhukkkk..berhabokk dah blog tak hapdet2... tak istiqamah betul...hohoho... asek hapdet kat fesbuk je...tabek spring kt kartun atas menari2 tak benti2...huhuhu Okeh... nak mulakan cerita ape yg berlaku rini... Anak3 aku demam,selsema,batuk... perghh pakej...boipreng aku tu pun da ade simptom2 nak domam gak tu..takpola...asalkan jangan mimi yg domam udah...masuk wad kang...huhuhu..da berapa malam tidur tak berkualiti.. mata pun da ade iras macam panda kesayangan rosjib...
So...pergi ke klinik tengah hari sbb pagi husband meeting kt putrajaya.. Dengan terik mentari,pergi ke pejabat pos dulu setelkan order.. PERGHHHHHHH tak hengat terik...ekon xleh pasang sbb nanti kete wira aku nazak kat tengah jalan..rase mandi peluh lak kami... so husband la pergi masuk kt pej pos... boleh pulak ade kete blok jalan keluar... ape ingat kancil kecik,kete lain leh pass ke?? hadoiiii...
So..husben cilok gamble keluar kt jalan masuk..seb bek le xde kenderaan nk lalu.... so teruskan journey ke klinik...ohyeahhhh
Seb bek tak ramai orang,masuk semua sekali jumpe doc. Ni yg kdg2 best anak3 demam serentak..sekali harung je angkut gi klinik...tak pyh husband amek cuti byk kali...hihihi...Doc khabar cuma demam biasa memandangkan takde tanda2 denggi..cuma Hafiz kene amek darah sebab da seminggu on off demam.. Alhamdulillah result ok... > > Tang amek darah,memang den xfollow...mmg mintak abahnye yang handle. Sebabnya 1) Hadee nak menyusu 2) Aku tak kuat nak pegang Hafiz klu die meronta 3) Aku xsampai ati tengok die kene cucuk...wakakakakaka Alolololo...kat luar dengar die nanges pun..aku sebak...Hanna yang beria2 nk follow tengok pun lari keluar muka terpinga2..sikit2 hendap masuk tengok abangnye nanges...hehehe
On the way balik...singgah beli goreng keledeng n goreng pisang sat...pastu balik umah mertua sebab aku ada buat Kek Kukus Choc Cheese utk mak mertua aku. Sebabnya....
Birthday laki aku 30 Nov lepas...yang ke 30...so niat aku hadiahkan kek ni utk mak..macehhhh sbb lahirkan anak yg superb lovey dovey ni....
Ayah mertua aku makan banyak...sedap die kata... anak2 buah suami pun suka... leh tutup sikret resepi katanya... perghhh memang setiap ari aku buat la nampaknya...hahahahaha!!! okla...esok sembang lagi...

Sunday, January 5, 2014

Kenapa Aku Bukan Lagi Pengedar SDM??

Orang lain bergembira di tahun baru...aku naik minyak di tahun baru.... dahla harga barang sume naik...tapi ade je yg nk menaikkan darah aku...

Okey...banyak sgt controversy psl aku dgn SDM ni....aku malas nk bukak cite dr awal...xpela aku layan jela drama2 org2 ni...tp menjadi2 plak bila aku diam...abah aku da ckp...jangan dilayan...tapi org2 ni mintak dilayan...xpela aku tunaikan...

Yang mana kenal aku...aku mmg pengedar Seri Dewi Malam di bawah kelolaan Stokis Johor (Qwin Izwin) since bulan February 2013...aku xde masalah ape2..aku mmg baru ceburkan diri dalam perniagaan on9 ni...newbie katakan... so aku xbyk explore tentang market2 jd on9 seller yg masyhur n tersohor ni... so aku mmg fokus dgn 1jenama je....

Ramai yang tak tahu kenapa tetibe aku diberhentikan dr jadi pengedar SDM... Aku ni lagi tak tau la ape reason pengasas yg tetibe kick aku dr main group pada 30 Nov 2013... yang pasti n teramat pasti bila aku mula promot menjual produk iPhytoscience (a.k.a DoubleStem Cell).




Yela...SDM mana ade produk skincare..aku berani nk menjual sbb aku da cuba...salah ke aku share kebaikan produk lain in same time aku nk tambah duit poket lagi??? Oiii..nk cari rezeki lebih pun xboleh tau... Awal2 time nk pujuk rayu ckp boleh jual produk lain asalkan xcampur page...


Aku follow...aku buat page Seri Dewi Malam Negeri Sembilan Hetty.. ade campur2 aduk dgn produk2 lain?



Lepas tu kata klu nk jual  produk lain dalam FB personal jangan pakai nama display SDM atau badge SDM...

 ni aku letak printscreen time si pengasas ni printscreen aku promote grup DSC aku.... haa belakang nama aku ade letak ape2 berunsurkan aku ni pengedar SDM?? profile pic aku ade badge SDM??? eh ade ke??hohoho..jap2 zoommmmmm.....


ok xde kan? haa...die xpernah mention rules mcm tu? eh nape stokis2 lain leh argue rules yg sama ye...hmmm




haaa... sekarang dah xboleh ye uolsss... duit yg korg dpt dr jual SDM xleh invest mana2 bisnes lain eh?? ooo....


haa... aku xfocus rupanye... means aku kene FOCUS jual SDM je...aku xboleh terlibat mana2 bisnes...

-aku yang kena keluar modal jadi pengedar SDM
-aku yang kena beli dulu produk baru boleh jual

kirenye aku kena focus dgn SDM sahaja...ye SAHAJA...!!



tu die....sape yg jual produk lain dikire DEGIL pulak dah....fb personal pun dorg nk control...xleh promote produk2 lain selain SDM je...klu nk promote gune fb lain...byk emel nk kene create..create fb lain..create password..invite n find friends...byk keje...!! sdgkn fb personal kita tu la byk prospek...igt org suke ade byk2 fb ni??? FB personal aku tu dr tahun 2008 tau...banyak keje kawan2 aku nk add fb aku byk2...




Haa...aku baca stetment stokis ni...rupenye ade kedai2 jamu jual gak SDM ni...oi oi oi..owner kedai tu xreti nk focus ke jual SDM je??? kesian korg yg on9 seller ni...org zaman skrg nk murah...ahh pedulikan isu pemborong tu..tu antara perjalanan bisnes dorg....eh baca komen die terakhir tu...


haa..see....nampak x...die suh kak ewin terminate aku sbb aku xfocus...well....what can i say? aku da selongkar abes drawer,laci,almari aku....aku xjumpe mana2 sign contract mengatakan yg aku hanya dibenarkan menjual produk SDM sahaja tak boleh jual produk lain....ade ke weh?

finally...aku dikick dari grup besar Jamu Seri Dewi Malam kerana aku didapati bersalah menjual produk2 lain... dan den tunggu dr saat itu sehingga saat den menaip blog ni..penjelasan dr die mengapa aku dikick..tapi klu skrg,mestila die dah buat byk cite byk2...xguna gak nk tanya..





dan bukan aku je jd mangsa okeh...downline aku yg merupakan warga SDM pun kene tempias....


bersama dgn org2 yg gagal..anda juga akan gagal?
bg aku,klu rase diri kite berjaya,ape salah bantu org yg gagal2 ni berjaya
betul x?


 bile mase la plak mintak die iklankan org lain punye produk?? **sigh**


Ok...bukan aku sorang je ye....ni budak2 SDM yg terkena gak sebab jual produk lain... Tapi kelakar sungguh...dah la kick aku dr grup...blocked aku plak... PM/SMS/Wassup aku pun tak...tetibe sedap jari die buat cerita kenapa aku jual doublestem. Agaknya selepas ramai yang agak xpuas hati (maybe dalam hati or gossip sesama mereka..ade yg PM aku meluahkannya jugak) rules yg xboleh jual produk lain selain SDM... timbul plak isu mengatakan aku beralih ke doublestem kerana.........




sedap jari je die buat cerita n andaian...padahal PM aku antara die n aku last sekali pada 6/11/2013.... so camna die boleh tau apa n kenapa aku jual doublestem? Adekah itu sume kenyataan daripada aku?


Xpe....next episode akan aku cerita pulak....buat masa sekarang aku cuma nak explain kenapa dan apa punca aku dikeluarkan dari group Seri Dewi Malam.....


p/s: masih mencari sign contract yg menyatakan aku xleh jual produk lain selain SDM....woha!
 
Get More Blogger Layouts At Hotlayouts2u.com