Wednesday, August 29, 2012

Pentingnye Akuarium





Pada suatu hari di suatu gerai makan, masuklah seorang berpakaian smart (panggil Mat Jai sudahhh..) minum di gerai tersebut. Tauke warung tersebut (Wak Dedet) yg boring tadak pelanggan lain mengajak Mat Jai berbual..

Wak Dedet: Apa Pekerjaan Bapak?
Lalu Mat Jai jawab: Ooooo saya adalah seorang Logic Thinker.
Wak Dedet pelik dan bertanya: Logic thinker? Kerja hapah tu?
Mat Jai menjawab: Susah nak terangkannya, bukan pekerjaan yg biasa, tapi saya akan beri Wak satu contoh ok?
Wak Dedet: OK!
Mat Jai: Ok mula-mula.. Apakah Wak punya akuarium?
Wak Dedet: O ya.. Saya ada akuarium yg besar di rumah.
Mat Jai: Ok kalau Wak ada akuarium, logiknya Wak ada ikan.
Wak Dedet: Yupsss.. Saya ada ikan macam-macam jenis.
Mat Jai: Kalau Wak ada ikan, pasti Wak sayang binatang.
Wak Dedet: O ya.. Betul sekali saya sangat sayang pada binatang.
Mat Jai: Kalau Wak sayang binatang, apalagi pada anak Wak! Wak pasti sangat menyayangi anak Wak.
Wak Dedet: Betul sekali (suka).. Saya mencintai anak saya lebih dari ikan.
Mat Jai: Sekarang.. Inilah logiknya, jika Wak ada anak, pasti Wak ada isteri.
Wak Dedet: Mestilah, saya memang ada isteri yg cantik jelita.
Mat Jai: Tentu saja saya tahu kerana itu semua hanya logik jer. OK sekarang pertanyaan terakhir, jika Wak ada isteri dan anak, bererti Wak sudah tentu tidak mati pucuk! Betul?
Wak Dedet: 100% betul saya tidak mati pucuk.
Mat Jai: Mmmm.. Begitulah lebih kurang logic thinker itu.
Wak Dedet: Ooo begitu ek? Wak faham sekarang.. Wak faham (sambil takjub tak tentu pasal)...

Setelah pelanggannya itu pergi, datanglah kawannya, King dan bertanya:

King: Aku tengok Wak borak bukan main rancak, creta hapah?
Wak Dedet: Ooo tadi aku berbual pasal kerjaya Logic Thinker.
King: Apa itu Logic Thinker?
Wak Dedet: Begini aku terangkan (muka konfiden gila baben!!). Mula-mula aku tanya dulu, ko ada akuarium tak?
King : Takde, naper?
Wak Dedet: (geleng kepala sambil berkata dgn keras dan pasti)

                   "...NGKO MATI PUCUK LA TUHHHH...!!!.."

moral of the story : mmmmm.. kena la taruk ekoriem paling kurang sebijik kat rumah...!!!



p/s: kredit to pakcik bobo norul~ (",)

4 comments:

  1. haha, wak ni cepat sangat `melompat ke kesimpulan'. tak mau nak kona sikit pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk kona camne bro..start enjin pun blum lg da rs leh bawak moto...kehkehkeh...

      thnx sbb sudi singgah...:)

      Delete
    2. wak tu bukan logic thinker, tapi unthinkable brain! hahahahaa...

      Delete

 
Get More Blogger Layouts At Hotlayouts2u.com